Tuesday, May 11, 2010

'tuan doktor, periksalah saya, saya rasa ada lagi yang sedang naik selain kolestrol dan kandungan gula'




selepas kejadian dulu
menemui doktor secara berjadual adalah sebahagian
aturcara bulanan
kata doktor;
encik, tahap kolestrol naik
makan tu kenalah pantang
kata saya;
saya memang pantang doktor
pantang nampak makanan yang menyelerakan
saya tetap akan makan
umur saya dah lanjut tuan doktor
kalau tak pantang saya akan mati
pantangpun saya tetap akan mati juga
kata doktor lagi
encik, tekanan darah juga naik
kata saya;
memanglah tuan doktor
kebelakangan ini saya selalu naik darah
gaji tak berapa naik
harga barang-barang yang tinggi naik
kalau minyak masih naik
gajah pun akan naik minyak
tiba-tiba misi cantik lalu dan senyum
rasanya memang bukan pada saya
tetapi saya tetap terasa
tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang tak kena
'tuan doktor,
periksalah saya
saya rasa ada lagi yang sedang naik
selain kolestrol dan kandungan gula'
aku cuma nak kata
masa yang tinggal sedikit ini
harus diisi dengan rasa ceria
kata doktor;
encik, minggu depan datang lagi.
kata saya;
kalau begini, bolehkah saya datang esok dan lusa
dan setiap hari?
hehehe!

2 comments:

Anonymous said...

hmmmmm....lawak malam jumaat

Anonymous said...

Macam ni pun ada juga..
pesakit yang nampaknya yang lebih..
sian doktor... asyik kena buli gan pesakitnya..