Untuk adikku si-froddo, yg pandai menunjuk sayangnya dn setianya menanti. 2 ini aku berikan untukmu. 1 - kesedihan, 2 - kegembiraan
Ambil kesedihan ini dulu untuk jika aku tidak lagi kembali;
Dan terima pula kegembiraan ini, bila aku telah kembali;
Tapi jangan khuatir kerana walau bagaimana caranya pun, pasti aku akan kembali, terimalah ini;
jangan ada sesiapa menangis:
jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kerana aku akan kembali
mengutip daun-daun kering
yang berselerak ditiup angin musim
hidup aku disini
dan mati aku juga disini
kerana itu aku akan tatap kembali
jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kemudian tidak akan kembali lagi
pasti ada yang mengutip tulang-tulang kering
yang berselerakan disitu
aku tidak mampu kembali lagi
namun hidupku disini
dan matiku pun disini
bawalah aku kembali
jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
jangan ada sesiapa menangisi
jika tiba-tiba aku pergi
dan tak kembali lagi
2 comments:
woohaaaa ... bro azam.
r u ok abang besar?
BH aktif jerr ...
get well soon bro
Insyaallah
wa masih bnyak nak blaja
menulis tentunya ...
Big Hug Bro ...
>>___<<
Bro, BH sy ada MS yg bantu, SPU pn ada org bantu. Sy dh gadaikan blog2 tu, hehe. I/m fine. TQ. ~ Azam
Post a Comment