Sunday, April 18, 2010

mentera anak melayu





7 cubit debupasir dari 7 daerah
7 malam Jumaat diperasapkan
jadilah sekepal tanah
itulah tanahku

7 titis embun dari 7 helai daun
7 hari Jumaat dipertapakan
jadilah serauk air
itulah airku

7 keturunan pahlawan gagah berjuang
7 jenis besi khursani ditempa
7 lok keris dijadikan pusaka
'Tak akan Melayu hilang didunia!'

4 comments:

SEKALUNG BICARA said...

Selagi dinamakan Melayu selagi itulah jati diri Melayu akan meresap kedalam setiap urat nadi dan tidak mungkin hilang walau pun ditelan zaman...

azam said...

Salam SBST,
Tak kan Melayu hilang di dunia...mmm, urat...! 7,7,7 ni kalau dapat pada kaki ekor ni mesti baik punya.

zeza said...

salam sdr azam.
saya minta maaf...perkataan jiwang karat..just gurau je.maksud saya lebih kepada ayat2 saudara begitu menyusuk kalbu.saya amat takut pada kes"kehilangan".

kadang2 saya rasa bagaimana nak menyedarkan anak bangsa kita yang saya nampak makin layu dan tak ada semangat patriotik...

salam zeza

azam said...

Salam Zeza, ada saya kata saya kisah? sy tk akn ambil hati pun. Teruslah dtg ke blog ini, awk adalah tetamu yg sy hargai.