Monday, April 12, 2010

Hari ketika engkau pergi










Hari ketika engkau pergi

Meninggalkan aku

Senjaku menjadi sunyi

Cengkerik pun sudah enggan menyanyi

Bagaikan menghukum aku

Hari ketika engkau pergi

Meninggalkan aku

Malamku menjadi sepi

Bulan bintang pun bersembunyi

Bagaikan membenci aku

Hari ketika engkau pergi

Meninggalkan aku

Siangku menjadi apa?

Mentari pecahkan cahayanya

Memanah jantung hatiku

Membunuh buah cintaku

Hari ketika engakau pergi

aku menggali kuburku sendiri


8 comments:

zeza said...

bergeliga betul dia ni
dlm2 sibuk2 berjuang di hulu.sempat lg berkarya.harap selamat pulang kemuara.....salam zeza

SEKALUNG BICARA said...

Kepulangan yang dinanti2kan....

Dia memang bergeliga sbb tu ada jer ideanya zeza....

azam said...

hehehe, anak bumi bertuah Malaysia ini sentiasa sayangi negerinya, juga sayangi semua yang ada didalam negerinya, walaupun ada sebahagian dari kasihnya tercampak keluar. Walau pun ada dari yang ada dibuminya sudah tidak lagi menyayanginya, kasih dan sayangku tetap disini....

lara_nur said...

"...hari ketika engkau pergi,
aku menggali kuburku sendiri"

bagus amat!

salam abang azam..harap2 sehat belaka. ;)

azam said...

Salam lara, saya masih sihat, awk apa khabar? Abd juga jenguk blog awk tu, nmpk bagus je, teruskan, teruskan, teruskan

INTAN RH said...

sgt dalam maksudnya, membayangkan satu kesedihan yg tak terucap di mulut kan.

jane said...

mmg sy tgh gali kubur sendri skrg bro ;(

azam said...

Intan RH, maknanya sgt dalam kadang2 saya sendiri rasakan saya tak mampu menduganya dalamnya.

Jane, boleh muat utk kita berdua ke? hehe!

Terima kasih semua, sokongan dan komen. Rasa sayang untuk meninggalkan!