Friday, April 2, 2010

senja terluka

tasik kenyir: senja terluka


sengaja aku baringkan diriku, kerana apa kau tau?



bukit menjadi pulau
gunung menjadi bukit
padang menjadi laut
sungai menjadi tasik;

merah sinar matahari
diwajah langit yang sakit
cahaya itu pecah dan berkecai
pada gelombang
pada tasik yang tidak lagi tenang
bergetar didalam dadaku ini
kau lihatlah!
jika bukan kerana kamu
jantung dah hati ini pun
akan aku buangkan
kerana cinta sudah tidak memberi makna

kau duduklah diam-diam
dan tenang
kerana aku sedang berjuang
memadam segala ingatan




sungai yang mengalir dari air terjun tembat

2 comments:

zeza said...

salam .....pencinta alam....nice sajak ni..tapi tak dapat nak baca yang tersirat

azam said...

Memang begitu sifatnya sajak, hadir dengan 1000 makna. Buatlah apa tafsiran sekali pun kerana ianya akan sentiasa benar mungkin juga tidak akan pernah benar namun sesiapapun berhak mentafsirkannya.