pandang belakang
lihat bagaimana ianya bermula
melangkah kebelakang
hapus setiap lembar kenangan
jika bayangku masih disitu
bunuhlah aku,
aku melihat sekujur tubuh
berlumuran darah yang memercik dari jantungnya,
ini lorong yang bakal kau lalui
nanti kau akan melihat
2 tubuh yang mati bergelimpangan...
esok pagi
orang-orang akan melihat 2 kematian
bersebelahan
bila bernama kematian
apakah beza antara aku dan anjing itu?
10 comments:
slam sdr.sajak yg ini..
saya tafsirkan kepada usaha kepada perjuangan...melihat bangsa maju
namun penkhianat akan melihat kelemahan kita dari setiap sudut
saudara seorg yb(yg berusaha)jangan matikan keAZAMan sdr....teruslah kedepan...
salam persahabatan.
zeza
Aku melihat sekujur tubuh
berlumuran darah yang memercik dari
jantungnya
ini lorong yang bakal kau lalui
nanti kau akan melihat
2 tubuh yang mati bergelempangan...........
Ajal dan maut adalah ketentuan
qadaq dan qadar Allah. Cuma cara kematian sahaja mengikut rezeki masing2.. terpulanglah bagaimana kita menghadapi saat getir itu..
semuga kita tergolong dikalangan orang2 yg terpilih.....
Salam zeza dan SB,
Sebenarnya maksud sajak ini adalah...sajak ini menceritakan tentang ..seorang orang dan seekor anjing, namun maksud yang tersirat daripada apa yang telah tersurat itu sangatlah sukar hendak difahami, saya baca sajak itu berkali-kali dan kemudian baca lagi berkali-kali lagi, setelah puas saya membacanya maka saya membuat kesimpulan bahawa pengertian sajak ini adalah mengenai atau menceritakan tentang seorang orang dan seekor anjing...memamng sukar difahami namu saya cuba juga untuk memahaminya.....ishhh! apa aku dh cakap ni? hehehe! mesti mampos aku kena kutuk oleh orang 2 orang kat atas nih, hehe
salam....apa la letih tau nak faham sajak dia....tp saya ttp mempertahankan tafsiran saya....anjing tu ialah pengkhianat...mmg patut mati pun
dan org tu ialah perjuangan sdr yang dipandang sepi......dan sdr macm frust tertonggeng....mungkin tak dicalunkan sbg yang berhormat kut
....maybe suatu hari.....sdr boleh....saya akan turun kejerantut mengundi sdr....
zeza
Kahkahkah! apalah zeza ni, saya mana layak jadi YB? saya tk masuk dalam perkiraan langsung tapi hasrat ingin menyokong saya tu sgt saya hargai.
kalau dah camtu... saya no komen la...cuma saya buat kesimpulan tak kirala manusia ke anjing ke pasti mati juga.cuma manusia mati punya kbur dan anjing mati buangkan jer hehehe
Mmm, menarik juga komen ni...kena diambil kira nih ~ Azam
hehehheeh relexlah sekalung bicara
semua yang hidup akan mati
cuma minta jangan mati kena lenyek dah la....sebenarnya sdr azam trauma sbb dia dah dah lenyek seekor anjing masa dia balek hari tu
heheheh
Salam.. Pada tafsiran saya sajak ini menceritakan tentang seekor org yg berjuang untuk bangsanya.Dan temannya seorang anjing yang juga berjuang bersama sama namun setiap perjuangan tidak semestinya berjaya. Kedua dua nya kecewa. sesungguhnya hidup ini adalah perjuangan.Dan selalunya hidup ini selalu diseliputi kekecewaan
salam menyegar......seekor org?saya tak marah kalau seekor orang tu ditujukan kepada...
peliwat
perogol
peragut
pendera kanak2
pendera isteri
penyimbah asid kepada isteri
perasuah
dan penerima rasuah
pembodek
penculik
dan lain 2 pe yang senada kejahatannya
salam..zeza
Post a Comment