Friday, April 16, 2010

jangan ada sesiapa menangis




jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kerana aku akan kembali
mengutip daun-daun kering
yang berselerak ditiup angin musim
hidup aku disini
dan mati aku juga disini
kerana itu aku akan tatap kembali

jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
kemudian tidak akan kembali lagi
pasti ada yang mengutip tulang-tulang kering
yang berselerakan disitu
aku tidak mampu kembali lagi
namun hidupku disini
dan matiku pun disini
bawalah aku kembali

jangan kau bimbang
jika tiba-tiba aku hilang
jangan ada sesiapa menangisi
jika tiba-tiba aku pergi
dan tak kembali lagi

5 comments:

SEKALUNG BICARA said...

Jangan kau bimbang
jika tiba2 aku hilang
kerana aku akan kembali
mengutip daun2 kering
yg berselerak ditiup angin
hidup aku disini
dan mati aku juga disini
kerana itu aku akan tetap
kembali.....????????????

Jangan kau igt aku tak bimbang...
kerana aku masih perlukan mu
kerana kau perlu kembali
memupuk daun2 yang masih hijau
yang mekar diranting2
kerana kau tidak mungkin mati
kerana kau masih diperlukan
kerana mati itu adalah kehendakNYA..
Suratan dan takdir adalah
ketentuan Illahi....

SEKALUNG BICARA said...

Salam tuan...apapun kita sebagai insan disisi kita adalah takdir...takdir yang menentukan kehendaknya.. setiap yg berlaku bukan kehendak kita... kita selalu merasakan hidup kita akan berpanjangan hingga tiada penghujungnya..cuma kita hidup jangan menyerah dan pasrah....semuga diri dan keluarga diberkati dan diberikan kebahgian dunia dan akhirat........

Azam Abd Rahman said...

Datin Zeza @ Saba tk memberi komen? Sibuk agaknya tu, mungkin ke Taman Negara dn menginap di Mutiara macam dulu tu, hehehe! Cari ketenangan sambil melukis dan menikmati puisi2.

kedai buku perintis said...

?? spy mana u upah ni?.........

ade gak bagi komen.time nak send.jem..tak de rezeki sampai kat u....apapun post u kali ni agak jiwang karat gitu...sedih tapi dah tak ade air mata nak melileh...so sayu bila pikirkan u nak hilangkan diri disini.....teruskan..sekurangnya boleh saya senyum KAMBING...berkat minum susu HIGOAT





just zeza

Azam Abd Rahman said...

Kita menulis kerana ada orang membaca, justru saya akan etrus menulis kerana sudah semakin ramai yang membacanya. Jiwang? Hmmm! kita layan saja perasaan kita layannnn! Zassss!