memang genggaman tangan memberi makna
tetapi cinta juga harus diucapkan dengan jelas dan pasti
lafazkan!
lafazkanlah cinta itu
dengan tenang dan pasti
dengan teguh dan beranikan hati
jangan biarkan terlalu lama untuk melafazkannya
dan jangan menunggu terlalu lama untuk membiarkan dia melafazkannya
melafazkan cinta juga perlu berani
sebagaimana melafazkan dan berakad
dalam ijab dan kabul
cinta itu membulatkan tekad
menyatukan niat
ianya harus jelas didengar
bukan hanya setakat tafsiran
dari hati dan fikiran
jika benar rasa dalam hatimu
dan jika dia lambat menyatakan itu
tidak berani hati atau ragu-ragu
maka kamulah yang harus menyatakan
biar jadi padang segala jalan
biar jadi terang segala kegelapan
lafazkan!
lafazkanlah cinta itu
cinta itu bukan ragu-ragu
cinta itu membuang segala malu
jika tidak berani bercinta dan menyatakan cinta
jangan lagi lahir kedunia
berdiam dirilah didalam rahim ibu
sehingga hati menjadi berani
mencintai dan dicintai
lafazkanlah!
supaya tafsiran tidak menjadi salah
cinta juga harus dilafazkan
bukan hanya diam dalam perasaan
berdiamlah!
dan dengar dia melafazkan cintanya
atau kamu melafazkannya dahulu
jika dia terlalu lama mengambil waktu
kerana cinta itu
bukan hanya percaya semata-mata!
5 comments:
Ucapan cinta ada kejujuran dan keikhlasan.. lebih mulia dipendamkan kerana kesopanan , mengucapkan cinta ada landasannya.Jika tersilap?? "Hanya Jauhari yang mengenal Mutiara."..
Hanya Jauhari mengenal Mutiara? bukan hanya Jauhari mengenal manikam? Atau...hanya Mutthu yang mengenali Maniam, hehehehe. Cinta harus diucap dengan jelas dan nyata..cinta itu perasaan dalam hati tapi mesti juga diucap dengan kata, jika tidak....mutthu pun tidak lagi akan mengenal Maniam, kahkahkah!
lelaki patut melahirkan nya agar kelumrahan terjaga.wanita menerima cinta dgn perihatin dan lenggok bahasa.mata dan senyum memberi jawapan segala.....
atau wanita harus tepikan rasa malu..dan memulakan acara...
mungkin juga kena ubah cara sbb susah dapat lelaki untuk bercinta
so dia mesti berterus terang...
menjaga kesopanan atau berpijak dibumi nyata.....
mgkin tak sesuai lg main pendam2
Salam Abg Azam,,
Lafaz dlm akad cinta,
Melengkapkan sepasang hati,
Walaupun hanya sekali,
Lafaz itu akan bersemadi,
Cinta itu percaya
Percaya kpd kehadirannya,
Percaya kpd genggamannya,
Percaya kpd getarannya,
Lafaz akan hadir juga,
setelah kami percaya,
Ikatan Cinta,
Setelah jauhari melafaznya,
kerana manikam menyerunya,
kerana manikam kekuatannya,
kerana manikam kehidupan & matinya.
wasalm
Salam. Hanya johari saja yang mengenal maniam
Post a Comment