sengaja
aku tidak membalas
surat yang kau kirim
supaya lebih mudah
kita saling melupakan
sengaja
aku tidak menyahut
setiap panggilanmu
supaya lebih mudah
kita saling membenci
sengaja
aku bangkitkan
segala kenangan
supaya lebih sakit
hati dan perasaan
sengaja
aku membuat
engkau membenci
supaya kelak namaku
tidak engkau sebut lagi
10 comments:
Kenapa "SENGAJA"....perlukah..... walaupun kenangan silam itu memeritkan andainya kesilapan lalu tidak dapat di lupai ...
hehehe jangan membenci dan dan menyakiti hatinya...mungkin insan itu telah memadamkan segala kenangan itu!.
Maafin saya jika andaian ini salah cuma tafsiran jer...
memang awk salah tafsir, kan sept saya katakan dulu, sajak2 ini hanyalah sebuah sajak dn tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya
Sorry.. salah tafsir rupenya...hemmm.. walaupun sebagai sebuah sajak tapi kadang2 ia ada kene mengena dlm kehidupan juga. terpulanglah pada penilaian org yang membacanya...hehe... tapi nukilan ini seperti ditujukan kepada orang tertentu jer...nanti akan saya huraikan.....
sdr..azam
secara makrifatnya inilah cara yang terbaik atau alasan yang tak perlu dipertikaikan untuk mengelak dari terus berhubungan.
biarpun sebelah pihak menunggu dan tak jemu menharap...
sekali fikir agak kejam
sebaiknya beritau...secara terus terus terang....."katakan saja yang kita tak serasi atau setakat ini sahaja.dan tutup buku.
betul tak sekalung bicara....
salam zeza
mmmm betul tu zeza... jujur dan terus terang.. tak salah kan... cuma suka bagi harapan tu yang tak berapa bagus...baik bakar jer buku kalau tutup tu nanti terbuka balik..hehehehe..
janagn bakar....hantaq recycle je..dapat gak duit...beli mancis dan bakarlah daun daun kering yang bertaburan tu.....
kah kah kah....
hiss! ni dh jadi susah ni, bila korang 2 orang dh pandai2 buat tafsiran, hehe. Tahniah, syabas
phewwwww .... abg besar ... pe kes ni? hahahahhahaha, hati yg ada taman nak biarkan berbunga lalang ker?
wakkkkkkaka
>>____<<
Froddo, semuanya dah berlalu,semua itu adalah mimpi siang hari. Maaflah pada sesiapa yang terlibat, itulah satu kekhilafan.
saya suka puisi ini.
melambangkan hati saya ketika ini.
saudara azam ni boleh membaca perilaku orang kah?
Post a Comment