1. Ada yang memohon untuk 'copy n paste' - saya berikan keizinan dengan mudah kerana itu bukan perkara susah.
2. Ada yang memohon saya memberi makna kepada sajak mencari makna yang saya tulis itu - ini sedikit susah kerana; i) sifat sajak itu sendiri terlalu merahsiakan maknanya dan mengajak pembaca sendiri berfikir serta mencari maknanya, bukan penulisnya. ii) apabila sajak sudah ditulis, ianya bukan lagi milik penciptanya, bahkan penciptanya juga telah kehilangan maknanya kerana ketika itu penciptanya sudah menjadi pembaca, seperti orang-orang lain juga - bagaimanapun marilah sama-sama kita mencuba mencari maknanya:
adikku
: Kepadanyalah sajak ini ditulis dan tujukan. Mungkin seorang perempuan bahkan mungkin juga seorang lelaki, tetapi yang nyatanya dia pasti lebih muda dari penulis sajak ini, dan sajak ini adalah sajak berunsur nasihat.
awal kata
saat mengenal dan memahami makna
membenarkan kata;
cemburu itu cinta
lebih lembut lidah menyusun kata
ketika kucing pandai menyembunyikan kuku
harimau juga pandai menyisir bulu
:memberi makna pada peringkat permulaan dan awal percintaan, ketika saling mengenali satu sama lain dan cuba memahami dan mencari persamaan, kadang kala ada timbul rasa cemburu dalam hati, dan benarlah seperti kata orang tua-tua bahawa cemburu itu tanda cinta. Pada ketika ini tutur kata akan selalunya manis dan pasangan akan pandai mengambil hati antara satu sama lain. Pada ketika ini mereka ibaratkan kucing yang pandai menyimpan kuku bahkan ibarat harimau yang juga pandai menyimpan rahsia diri dan peribadinya.
tengah kata
cemburu itu dua makna
sayang dia bencipun juga
ini saat waspada
tatkala kucing tiada tikus menjadi raja
: apabila hubungan cinta sudah sampai pada peringkat pertengahan, masing-masing sudah tidak mampu menyimpan rahsia diri lagi. Sedikit demi sedikit sudah diketahui oleh pasangannya.Rahsia bukan rahsia lagi. Saat ini keperibadian masing-masing terserlah dan jelas. Pada ketika ini jika ada rasa cemburupun ianya akan membawa dua makna yang berbeza iaitu memang kerana sayang dan kerana sudah benci atau atas sifat ingin menguasai pasangan mereka. Pada tahap ini pasangan masti lebih berwaspada kerana jika perhatian kurang diberikan atau kurang di awasi maka pasangan akan bertindak sesuka hatinya atas nama kebebasan.
akhir kata
katamu kau tau maknanya
tetapi dengar sini
dan berikan erti;
semalam disini ada secangkir susu
namun ketika aku bangun pagi ini
susu membeku menjadi keju
dan seejor tikus mati terperangkat didalam keju itu...
:Pada tahap hujung hubungan dan juga pada pesanan terakhir penulis, dia mengingatkan kepada seseorang itu yang selama ini merasakan bahawa dia sedar dan tahu apa yang berlaku dan dia lakukan. Penulis memberikan nasihat terakhirnya dalam bentuk kiasan untuk 'si adiknya' mencari maknanya dengan mengkhiaskan tentang secangkir susu yang menjadi keju serta bagaimanakah seekor tikus itu mati kaku didalam kepingan keju itu?
Bahagian ini agak sukar untuk ditafsir kerana agak mengelirukan kerana ianya hadir dengan bentuk kiasan dan falsafah juga. Bagaimanapun huraiannya mungkin boleh ditasfirkan begini; seekor tikus itu ingin meminum susu didalam cangkir berkenaan namun akhirnya dia terjatuh dan tatkala dia berenang ingin menyelamatkan dirinya dengan tidak disengajakan dia telah melakukan proses penghasilan keju dengan 'mengacau' susu tersebut. Akhirnya apabila sampai ketikanya, keju terhasil dengan pertolongan si tikus itu walau tanpa niat dan hasratnya bagaimanapun si tikus itu akhirnya mati kelemasan didalam susu berkenaan yang berubah menjadi keju kemudiannya. Kerana itulah keesokkan harinya penulis hanya melihat si tikus mati dalam kepingan keju.Ini adalah makna langsung dari kiasan itu, makna sampingannya haruslah ditafsirkan sendiri.
Sekian terima kasih. Are you okay? (hehe macam bahasa orang tu lah pulak, teringat karipap teringat juga mokhtar)
6 comments:
sdr azam
terima kasih..saya faham
salam
zeza
zeza, saya pn agak2 saja tu entah betul entah tidak. Harap foddo juga puas hati dgn penjelaskan itu dn jgn ada keraguan lagi. kepada semuanya yg dh faham baguslah yg belum fhm akan fhm juga akhirnya nanti. dan kepada 'adikku' itu - huraikan kekusutan benang dn singkaplah segala makna yg tersembunyi selama ini. nasibmu memang ditangan mu sendiri...
hahahhahah ... tq abang besar!!
>>____<<
wa paham ..
salam Abg Besar yang tak berapa besar orgnya hehehe,......
Muga adikmu mengerti maksud yang tersirat...tabahkan dan kuatkan smgtnya.....
RH61
Salam ABG BESAR,,
Adik mu itu sentiase tabah dan kuat semangat dan auranya,, sentiase ingin menang wpn perlu kalah di awalnya..
Dia melafazkan dlm perangi hatinya
Kala adikmu ingin lari jauh meninggalknnya,
Dia menyerahkan cahaya permata,,
dalam keinsafan dan redha,
amat jelas akad lafaznya,
aku tidak mahu kamu pergi,,
jgn tinggalkan aku sendiri,,
kamu penting dlm hidupku,,
amat perlukan kamu,,
perlu kerana syg kamu,,
Hmmm, akhirnya dia muncul juga dari celah-celah kehijauan rumput-rumput dihalaman. Suka dengar kamu sihat dan gembira serta yakin pada diri.
Post a Comment