Monday, April 5, 2010

SEBUAH SAMPAN USANG DAN SEBUAH PELABUHAN USANG ITU ADALAH AKU YANG TELAH KAU TINGGALKAN DULU



1.
yang kandas dalam pelayaran
dan terdampar didaratan
adalah
sebuah sampan usang
sekian lama tidak dipedulikan
sampan usang itu adalah aku
yang kau tinggalkan dulu
masih disini
dicengkam sepi




2.
yang condong dan roboh dipinggir muara
dan tidak lagi dipedulikan
adalah
sebuah pelabuhan usang
sekian lama telah dilupakan
pelabuhan usang itu adalah aku
yang tidak kau pedulikan lagi
masih disini
sepi dan mati


13 comments:

Anonymous said...

Walaupun sampan dan pelabuhan itu telah usang, namun masih diperlukan, kerana yang usang itu lebih berharga......

Azam Abd Rahman said...

Indahnya bahasa awak memujuk hati saya, namun yang tinggal bagi saya hanyalah kenangan yang akan dilupakan dan ditelan zaman......sudah tidak ada lagi jalan kebelakang, tak ada jalan pulang....

Anonymous said...

Bukan memujuk...tapi kenangan masa lalu penuh keindahan ,mana mungkin dilupakan, sbb ianya adalah memori hidup kita untuk kita kenang sehingga keakhirnya.. itu pasti.....

Azam Abd Rahman said...

Hushh! Anon, awak jangan permain dan perangkap saya disini. Tidak ada apa-apa kenangan yang kita bina bersama justru tidak ada apa-apa keindahan atas nama kita. Jangan himpit saya ke dinding dan jangan menghentak kepala saya lagi...

kedai buku perintis said...

betul tu sdr azam...baca komen anda tangisan bayi ku....

Azam Abd Rahman said...

zeza, ya saya lawat dan komen di blog awak. Bagus tulisan awak tu, teruskan menulis.

Anonymous said...

Sorry azam... itu bukan kita... tetapi itu adalah manusia bernama kita yang ada sejarah kehidupan .. saya tak bermaksud antara kita. dan saya bukan manusia itu....cuma saya ingin berkonsi maksud tersurat dlam sajak anda itu...andai anda salah anggap terpulang la... bagi saya itu coretan peribadi mengenai erti dan maksud.. tidak lebih dari itu...

Azam Abd Rahman said...

Terima kasih Anon, saya memahaminya dan tidak mengapa. Saya sebenarnya semakin seronok apabila kebelakangan ini banyak yang semakin berani memberikan komen, ini satu perkembangan yang positif. Namun, saya merasakan tidak lama lagi saya terpaksa hentikan menulis atas alasan yang sukar saya jelaskan disini. Mungkin ada yang tidak akan berpuas hati dengan tindakan ini namun apabila terpaksa maka terpaksalah juga dilakukan dengan berat hati. Masa mengubah segalanya dan kadang-kadang ingatan harus dipadamkan supaya ianya tidak lagi kekal dalam fikiran........kita lihat nanti bagaimana....namun saya ingin memohon maaf di awal ini....kita lihatlah dunia dan kehidupan ini dengan ceria....

Azam Abd Rahman said...

Ya. Masa mengubah segalanya dan kadang-kadang ingatan harus dipadamkan supaya ianya tidak lagi kekal dalam fikiran........kita lihat nanti bagaimana....namun saya ingin memohon maaf di awal ini....kita lihatlah dunia dan kehidupan ini dengan ceria....

Anonymous said...

sy suka entri ni, puitis tp mudah utk difahami. ditinggalkan bkn beerti kita perlu menjadi usang tapi kita perlu terus maintain.

Azam Abd Rahman said...

Intan, terus maintain?....terus maintain usang? hehehe. Sy yg dah 52 ni memang dh usang kalau campak kandang singa kat zoon pun singa dh tak nak pandang lagi dah. Tempat yang sesuai hanyalah di tempat pelupusan sampah atau gudang barang2 lusuh. Hmmmm!

kedai buku perintis said...

cara pemikiran sdr dan ilmu..itu yang berharga....jgm merendahkan diri ke tahap ,,,,tak baik.....saya harap sdr teruskan aje berkarya...tak de masalahnya disiniilmu puitis sdr selari...org yang terkenal....bukukan pengetahuan sdr....

kedai buku perintis said...

maksud sya.....sdr mengatakan sdr tidak ade mengena dgn braveheart,,,,itu saja..