Thursday, April 22, 2010

seorang lelaki dan sebuah puisi





saat membayangkan menemui seorang lelaki dengan ditangannya ada sebuah puisi. bibirnya sentiasa bergerak, bergerak-gerak menghafalkan bait-bait puisinya itu. kepada siapa akan diucapkannya dan dimanakah akan dilontarkan puisinya itu? dalam kesibukkan kota semua orang kelihatan sibuk dan menyibukkan dirinya. kenderaan besar membawa tuan-tuan besar, kadang-kadang ditemani puan besar, namun jika penemannya itu bukan besar maka siapakah dia? mungkin setiausahanya, atau apakah aku harus peduli? dilorong-lorong kota juga sibuk seakan sentiasa ada yang mengejar dan yang dikejar. mungkin mereka memburu waktu kerana waktu juga memburu mereka. saat lelaki itu berdiri ditengah-tengah ramai dan menjerit-jerit membacakan puisinya, apakah ada sesiapa peduli? saat itu lelaki itu mengenang kembali suatu waktu dulu dia diundang dihotel-hotel besar untuk membacakan puisinya. pembesar-pembesar pun bertepuk tangan selesai dia membacakan puisinya itu,isteri pembesar-pembesar yang juga besar-besar turut juga bertepuk tangan. tuan-tuan besar dan isteri-isteri tuan-tuan besar yang juga besar turut bertepuk tangan. tetapi bukan disini. disini tidak ada penghargaan bagi sebuah puisi. ditengah-tengah kesibukan itu dan ditengah-tengah ramai itu lalu seekor anjing yang mengonggong sebuku roti. lelaki itu memandang anjing tu dan rotinya dan mulutnya bergerak-gerak tidak lagi menghafal bait-bait puisi tetapi berkata-kata didalam hati; 'rupanya anjing itu lebih beruntung dari seorang pemuisi'. saat itu aku membayangkan akan menemui seorang lelaki dengan ditangannya ada sebuah puisi, namun aku tidak menemuinya. saat itu orang-orang banyak melihat seorang lelaki berdiri dengan ditangannya sebuah puisi dan seekor anjing yang mengonggong sebuku roti. seorang lelaki tua yang ditangannya ada sebuah puisi itu adalah aku...dan sebuah puisi itu adalah cintaku yang tak jadi.

6 comments:

Frodo Baggins said...

seperti biasa ~~~
terbaik dari ladang!!!
phewwww


>>___<<

saba said...

sdr azam
"puisi itu adalah cintaku yang tak jadi"

menarik sekali
tahniah...saya copi dan simpan dalam satu folder rahsia...seperti dulu saya simpan keratan dalam dewan sastera

Azam Abd Rahman said...

A-hahaha, awk masih menyimpannya? mmm, masa dh berlalu begitu lama dan meninggalkan segala kenangan...tp yang mana satu tu? mungkin awk boleh taipkan dan hntr sbg komen, jika tk terlalu panjang

saba said...

salam.sdr adalah idola saya DULU,koleksi dewan sastera pun dah terlupus bersama keratan sajak yang terkumpul.
sayangnya.....
saya harap sdr boleh bukukan,karya saudara..mulai dari sekarang
saya pilih tajuknya.ANTARA TAMAN DAN PERJUANGAN....HEHEHEHE
Bukalah minda generasi kita
TAK AKAN AZAM HILANG BEGITU SAJA
MAAFKAN SAYA...SAYA NI GILA SIKIT..

lara nur said...

seronok membacanya...semacam puas bila kata2 macam tu dizahirkan sebegitu...puas! tak tahu macam mana nak jelaskan betapa sukanya lara bila baca prosa sebegitu...cukup indah dan mengharukan sungguh!

moga2 lara pun berupaya kreatif dan sebagus abang azam ;)

Azam Abd Rahman said...

Saba, masa berlalu dengan pantas, saya juga kehilangan segalanya itu yg tk mungkin akan dapat dipungut kembali.

Lara, asal ada usaha semua orang akan mampu dan boleh, awak ada bakat itu cuma ianya perlu diasah, perlu selalu menulis dan memikir ; pemuisi adalah pemikir...:)