salam kepada semua,
sesuatu berlaku dalam kehidupan
dan kita tidak mampu mengelak
itu mengubah sebahagian kehidupan
sedikit demi sedikit
andai aku tidak akan seperti dulu
gagal menyusun kata
tidak lagi manis bicara
jangan salahkan aku
hukum itu dari 'Dia'
kamu juga harus pandai tempuhi
kehidupan ini bersendiri
ketika aku hanya mampu
menghela nafas lesuku
sambutlah salam mulaku
dan terima juga salam akhirku
bila nanti ada nokhtah
disitu kata bicara akan berhenti
namun airmataku pasti akan gugur
............................................
6 comments:
salam....
Betapa runsing dan gundahlaranya...
seperti mahu mengelak saja..
mengapa tak dihuraikan kata
agar aku senang dan gembira
engkau seperti menghilangkan diri
walaupun bencana mengundang
takkan dibiarkan keseorangan
meratapi nasib ..
sebagai adikmu aku juga
ambil tahu akan kesengsaraanmu
walau bagaimanapun apakan daya
aku hanya insan yang dipinggirkan
laksana merintih pilu.. mengenangkan
nasib abangku apakah dia sihat
apakah dia selamat??????
Namun pada Allah jua ku pohonkan
semuga abangku diberikan kesihatan dan keceriaan seperti dahulu..
Rush
pic kat atas tu cerita perfume ye?
bro azam? ok ke? wat happen? take care ... semoga dlm lindungan Allah sentiasa.
salam sdr azam.
tabahkan hati.kuatkan semangat
saya doakan semuanya seoerti sedia kala....mungkin perlu untuk berehat silakan..
salam zeza
Salam Abg Azam
Semuanya di bawah lindungannya,
Tabahkan semangat,
Hadapi dgn penuh keinsafan,
Satu ujian menentukan keikhlasan,
Adik-adikmu mendoakan kesahjeteraan
Salam
Semuga cepat sembuh dan ceria2 selalu..
saya doakan moga kuatkan semangat dan harapan juga dari adik2 mu jangan terlalu lama menyendiri.
Semuga Allah melindungimu...
Post a Comment