Wednesday, January 28, 2009
Thursday, January 22, 2009
DI SUATU BELAHAN DUNIA YANG LAIN
Seringkali kita merasa
alangkah bertuah
jika berada dipuncak
bila kita dipuncak
kita pula melihat lembah
dan merasakan bahawa
indahnya berada disana.
Dunia yang indah ini -
dimanapun kita berada
sebenarnya kita adalah sama,
seringkali tidak berpuas hati
pada nasib yang sedemikian baik.
Pandangan dari dalam Gua Hijau, Taman Rimba Kenong, Pahang
Thursday, January 15, 2009
HARI KE 19
hari ke - 19
Gaza menangis
hampir 1000 jadi korban
Yahudi umat yang dilaknati Tuhan
seluruh dunia sebak
dari China ke Pakistan
bahkan Eropah juga turut meratapi
tangan-tangan dajjal
membunuh anak kecil
yang mereka cari
yang mungkin antaranya
dari keturunan nabi
Yahudi ingkar janji Allah
bahawa dipenghujung hari
akan hadir Imam pemimpin ummah
seperti sabda Rasulallah
yang seperti namanya
yang Isa pun akan berImamkan dia
Muhammad Bin Abdullah
Al-Mahadi
Wednesday, January 14, 2009
KEMBARA2
perjalanan demi perjalanan
bermula dan berakhir
lalu bermula kembali -
inginku mananya
dimana penghujungnya?
bagai menyusur arus air
pasti ada hulu dan hilir
lalu lagi aku bertanya
namun jawapannya yang pasti
hanyalah sepi
dan
mati !
Ketika Senja Enggang Terbang Pulang Ke Sarang - pic by Jason
Gunung Tahan - Indah Dan Permai, Tenang Dan Damai - pic by Junus Suhib
Tuesday, January 13, 2009
SATU KEMBARA LAIN
KUNMING 2004 - 2
ingin aku mengucapkan
menyatakan betapa
berertinya kehidupan ini
dalam warna dan warni
mencorakan suatu lukisan
yang sukar ditafsir
tak satupun terluahkan
namun semuanya tersimpan
erat dalam ingatan
yang akan payah dirungkai
hanya sesekali
ketika seperti ini
ianya datang lagi
dan lagi
berulang kali
mengamit rindu dan cinta
namun
sekadar
sehelai rambut yang gugur
ditiup angin
dan hilang begitu saja.
Monday, January 12, 2009
DI SUATU SUDUT KEHIDUPAN
Lawatan Ke Perkampongan Orang Asli Suku Bateq Di Ulu Lebir,
Taman Negara Kuala Koh, Kelantan
Saturday, January 10, 2009
Menanti Akhir ..
bumi Gaza dibakar yahudi
dan bermandian darah -
anak-anak kecil yang belum lantas menyebut perang
serta warga tua yang kian sukar mengungkap aman
turut jadi korban keganasan
dan kekejaman umat
yang dilaknati Tuhan
Apa ini balasan atau ujian
agar mereka lebih teguh berdiri mengenggam hati
atau menunggu cinta rasul lebih membara
atau sekadar menanti
bala tentera berkuda
dari lembah Khurasan
dengan panji-panji hitamnya
yang akan mengangkat martabat semua umat Muhammad
Hadirlah !
imam memimpin ummat akhir zaman
yang ianya dari keturunan Rasulullah
yang namanya seperti nama Rasulullah
dan yang nama bapanya seperti nama bapa Rasulullah
maka akan berlakulah
segalanya mengikut ketentuan
seperti yang telah disuratkan
dan seperti yang telah di riwayatkan
10.01.2009
KUNMING 2004
ketika lawatan singkat 10 hari
ke Kunming dan Dali
Tahun 2004
makna sebuah persahabatan
dan kehidupan
Wednesday, January 7, 2009
2 SEBELUM HILANG
CARI KEINSAFAN
tatkala kau lepaskan lasykar-lasykarmu
yang kau namakan tentera pembebasan
katamu itu demi menegak kebenaran
demi mencari perpaduan (ummah)
maka selain dari itu dan selain kamu
segalanya adalah isi neraka
tetapi rupanya kamu terlupa
bahawa lasykar-lasykarmu
membunuh yang kau panggil musuh-musuh
adalah saudara-saudaramu sendiri
yang sedang dalam syaf
sambil memegang panji-panji agama allah.
bertaubatlah!
selagi pintu itu masih terbuka
dan kami dari golongan yang kau anggap musuhmu
masih berperkerti dan sudi memaafi
bahkan turut mendoakan buatmu
semoga Allah ampuni dosa-dosa mu
selagi jalan masih ada
selagi pintu taubat masih terbuka.
8/12/2008
SAJAK KEMBARA HILANG ARAH
dari dalam sinar mata hitammu
terbayang jalan luas
yang terbentang
pohon dan hijau
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan, atau
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.
kembalilah !
ke arah dimana kamu bermula
tidak akan berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembara yang tahu arah tuju dan arah
pulang
sesungguhnya
keadilan dan kebenaran yang kau perjuangkan
ada di sini
di tempat di mana kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.
12/12/2008