tatkala aku berdiri diatas seketul batu yang tertanam diatas hamparan pasir pantai yang luas, dipinggir laut, dan mengangkat kedua belah tanganku, tinggi-tinggi ke langit, aku terlupa bahawa ketika itu, siput-siput sedang hebat melawan arus ombak laut yang deras dan menghanyutkannya semula ke pantai, sedangkan aku hanya mampu berdiri di atas batu...entah ditertawakan matahari yang menggelincir dan sebentar lagi akan mengakhiri hari, yang tanpa angkuh menyinarkan cahayanya ke seluruh pelusuk bumi, menyalakan kehidupan.
siapalah aku, yang hanya mampu berdiri dan menawan seketul batu yang tertanam diatas hamparan pasir pantai yang luas, dipinggir laut, sambil mengangkat kedua belah tanganku, tinggi-tinggi ke langit, dan aku yang terlupa bahawa ketika itu, siput-siput sedang hebat melawan arus ombak laut yang deras dan menghanyutkannya semula ke pantai.
20 Ogos 2015
Tioman.