Tuesday, August 18, 2009

AKU DAN DIA

AZAM

ke depan takut
ke belakang resah
mendesak di kiri-kanan
adalah keinginan,
sepi yang parah
tabahlah hatiku
tabahlah
hatiku meraung

AZAM ii
pulau bukit
lautan kabus
bulan pucat atas kepala
kurebut mentari
panas dan membakar


SIPUT


i

ketika ombak
menghempas pasir pantai
aku terdampar
di batu karang

ii

yang berani laut
yang tabah ombak
yang waspada pantai
yang was-was adalah aku



aku dan politarius di Dali, China


makan malam terakhir di Kunming


makan siang dipedalaman di Dali


penyerahan keluarga angkat di Kg. Kuala Medang, Lipis



bersama blogger Taiping Mali dan Wan Ahmad


keratan akhbar - Travel Times 27 july 2003


close-up keratan akhbar


nOTA:
Sajak-sajak pendek dan sebahagian besar foto adalah ulang siar, sila lihat arkib untuk siaran pertama ~ inipun adalah kerana 'dia'

No comments: