Friday, April 17, 2009

PERTEMUAN





PERTEMUAN

Dunia aku dunia sepi
dunia aku sendiri
dunia ku yang sunyi
tetapi malam tadi
untuk pertamakali sejak sekianlamanya
aku menemui seorang kawan
yang berkongsi sebahagian dunianya dengan duniaku

kita cuba membina kota dari kata-kata
yang terbina hanya impian sahaja
dan angan-angan
yang kita cipta
dalam jaga

tidak mengapa
setidak-tidaknya
ada yang cuba kita bina
walaupun dari dalam hati
namun segalanya sangat bererti

kita menanti
akan adanya pertemuan lain lagi
dan lagi
dan
lagi
d
a
n
la
gi

17.04.2009



Nota:
1. Terima kasih Wan Shahrir kerana sudi menerima pelawaan saya untuk pertemuan tadi. Percakapan kita semuanya sangat bermakna. Disitu tadi kita melihat dunia kita dan dunia orang lain juga.
Saya menanti akan pertemuan yang serupa dalam waktu terdekat untuk kita selam hati dan jiwa kita - kehidupan ini sungguh bernakna....
2. Terima kasih IntanRH kerana megingatkan saya yang telah lama tak update blog ini - masa yang sedikit itu harus kita kongsikan dengan semua pihak.