Wednesday, March 25, 2009

POLITIK ITU



yang mana terpilih


yang mana terbuang

yang mana jadi abu

yang mana jadi arang


yang mana berjaya
yang mana kecundang

yang mana ribut melanda
yang mana damai dan tenang

yang mana menempa ria
yang mana mencatat duka


yang mana cemerlang gemilang



yang mana hilang terbuang





POLITIK ITU

yang mana terpilih

yang mana terbuang
yang mana jadi abu
yang mana jadi arang
yang mana berjaya
yang mana kecundang

yang mana ribut melanda
yang mana damai dan tenang
yang mana menempa ria

yang mana mencatat duka
yang mana cemerlang terbilang
yang mana hilang terbuang




Ulangsiar
(Siaran pertama pada 16/1/2009 -11.59AM)

Monday, March 2, 2009

TATKALA ANGIN MEMBISIKKAN CINTA


Pulau Tinggi, Mersing Johor.



TATKALA ANGIN MEMBISIKKAN CINTA

tatkala nafas dan bayu laut berpuput
lalu bersatu diantara
belahan duadada kita
ada suara resah yang terdegar
dibawa angin semilir yang berdesir
lalu terdampar di pasir pantai
lemah dan longlai,
butir-butir pasir jadi saksi
bahawa cintaku sekianlama
kubenamkan sedalam-dalamnya -
tersentak ombak dilautan
sepi dan kaku
senyap dan bisu
getar dadamu kuterasa
dalam kata
'sayang, bukalah pintumu'