Thursday, October 29, 2009

lagi atas nama cinta....

...lagi atas nama cinta..untuk yang bercinta, bahawa cinta itu indah...berkasih sayang itu indah..dan bukanlah satu kesalahan mencintai seseorang yang mungkin tidak menyedari kita mencintainya selama ini atau dalam kata lain..bukanlah satu kesalahan mencintai orang yang tidak mencintai kita...hanya kesakitannya kita yang akan merasa sendiri.

Lagu dan cinta juga tidak dapat dipisahkan, dalam setiap cinta sentiasa ada lagu diantaranya...yang akan mengingatinya dan membuatkan cinta itu sukar dilupai.

Sebuah lagu yang aku rasakan terbaik, tidak lama dulu ... dari sebuah filem ' Mambo King' (mungkin masih boleh didapati dikedai-kedai menjual VCD) mengenai sekumpulan pelarian yang dari Cuba yang termasuk 2 adik beradik...ke Amerika (?), kemudian membentuk kumpulan musik...dan akhirnya berjaya...dari menyanyi di kelab malam hingga merakamkan di piring hitam...namun mereka berpecah termasuk hubungan 2 beradik itu .. kerana seorang perempuan yang dicintai oleh si adik...walaupun si abang telah menghalangnya sebelum itu. Sebuah movie yang sangat tragis dan menarik hati.

Lagu asal dalam versi Inggeris dirakamkan oleh kumpulan 'Los Lobos' manakala dirakamkan semula oleh kumpulan 'Mambo All Stars' untuk lagu dalam filem mamboo King tersebut. Rajin-rajinlah menjelajah di You Tube untuk mendapatkan lebih maklumat serta mengimbau kembali kenangan.





Beautiful Maria Of My Soul
----------------------------------


In the sunshine of your smile
In the summer of your life
In the magic of love
Storm above scattered away

Lovers dreaming in the night
reaching for paradise
but as the dark shadows fade
love slips away

on an empty stretch of beach
in the pattern on the waves
drawing pictures with my hand
in the sand I see your face

skipping pebbles on the sea
whishing for paradise
land castles crumble below
the restless tides ebb and flow

listening to the shell
hoping for your voice
beautiful Maria
of my soul…..of my soul

though we’ll always be apart
locked forever in a dream
if I ever love again
even then, nothing to change

and the taste of you remains
clinging for paradise
but as the distance from your grow
all that my heart ever knows

hunger for your kiss
longing for your touch
beautiful Maria
of mu soul

killing all my nights
haunting all my days
beautiful Maria
of my seoul



Klip nyanyian Antonio Benderas



Klip bersama sedutan dari filem Mambo King

atas nama cinta....

Bro Frodo - jawatan pemegang kipas tak ada, tetapi jawatan pemegang tukul besi masih kosong.



Kepada yang sedang bercinta, telah jatuh dan bangun semula dalam dan kerana cinta, yang telah kecewa dalam bercinta, yang tak puas-puas bercinta, yang masih belum pernah menikmati cinta....kali ini aku menerima satu nota tentang cinta dari seseorang yang boleh dikongsikan dengan seseorang yang lain pula. Aku namakan nota itu..... atas nama cinta;

Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka, hancur... patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Wednesday, October 28, 2009

Just The Two Of Us

Hanya ada satu lagu, untuk dua kita....just the two of us.



Just The Two Of Us - Grover Washington Jr.
=============================

I see the crystal raindrops fall
And see the beauty of it all
Is when the sun comes shining through
To make those rainbows in my mind
When I think of you some time
And I want to spend some time with you

Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building castles in the sky
Just the two of us, you and I

We look for love, no time for tears
Wasted waters?all that is
And it don’t make no flowers grow
Good things might come to those who wait
Not to those who wait too late
We got to go for all we know

Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building castles in the sky
Just the two of us, you and I

I hear the crystal raindrops fall
On the window down the hall
And it becomes the morning dew
Darling, when the morning comes
And I see the morning sun
I want to be the one with you

Just the two of us, we can make it if we try
Just the two of us (just the two of us)
Just the two of us, building big castles way on high
Just the two of us, you and I

Just the two of us, let’s get together baby
Just the two of us (just the two of us)
We can make it, just the two of us
We can make it, just the two of us



Sunday, October 25, 2009

apakah takdirmu?

camar itu perlu juga pulang ke sarang, demi anak-anaknya




ujilah -
masa tentukan segala:

kita menunggu
sambil menghitung hari
dengan mengira jari,
menanti ketika putus bicara
untung sabut yang timbul
untung batu tenggelam;
camar ini harusnya dilepaskan
biar ia terbang bebas
meredah angin sakal -
ditengah laut mungkin ada ranting hanyut
dimana ia dapat berpaut -
keras hatinya seperti batu,
jika sayapnya patah
ia bertongkatkan paruh,
camar itu mencari kebebasan
makna sebuah kehidupan
sebagaimana penyu yang merayu;
'lepaskan kembali aku ke laut'.

aku menanti dalam sepi
ataukah dalam mimpi !

Thursday, October 22, 2009

apa takdirku menunggu




.



memang kita berbeza
namun mencari persamaan dari kelainan;
kala senjaku
adalah kala fajarmu
tapi kita berkongsi
bulan dan matahari
langit dan bumi yang sama
udara yang kita hirup dan bernafas
segar yang sama
aku mengenal aura tubuhmu
namun aroma mu masih asing
lalu aku intai ruang
megusap jurai rambutmu,
mencium harum kenanga
dari taman-mu -
apakah takdirku menunggumu
atau sekadar melihat kau berlalu?

sakit hatiku




'



sayang
cinta itu rasa
permata dalam lokan yang luka
bukan hanya diam
tetapi harus sentiasa berbicara;
sakit hatiku
bila mencari kau tiada
bila bertanya kau membisu
sakit hatiku
bila aku disini kau disana
bila aku ada kau tiada
sakit hatiku
bila aku datang kau pergi
bila aku pergi kau kembali
sakit hatiku
bila aku mengejar kau menunggu
bila aku menunggu kau menjauh
sakit hatiku
dalam sungai ada arus
dalam laut ada ombak
cinta itu hanyut dan tenggelam
tetapi kau berdiam
sakit hatiku
aku resah aku gelisah
dalam rindu
sakit hatiku
sakit hatiku
sakit hatiku

Tuesday, October 20, 2009

aku ingin ......

.



aku ingin
kembali seperti mula:

bercerita tentang alam;
pohon-pohon dan margastua
bukit, gunung, tasik dan sungai
pantai, pulau dan laut

aku ingin
memberi dan menerima
menerima dan memberi juga
diantara kita

aku ingin
berpuisi tentang keindahan
tentang suara angin yang mendesah
dihujung dedaunan

aku ingin
menyanyi
(untukmu)
dan mencium hujung rambutmu
disebalik kerudungmu




Nota:
Semua foto-foto posting pada 19hb Okt bermula dari 'Penceroboh akan didakwa' boleh diperbesarkan ke saiz asal. Sila right-klik pada foto berkenaan.



aku ingin bercerita tentang....


si-'peah' (dua dari kiri) dan kumpulan gedik-dot-com


memberi dan menerima cenderamata


aku ingin....menyanyi..

Monday, October 19, 2009

SEBAHAGIAN KUALA KOH 3

Sebahagian yang lain, gambar-gambar dari kembara Kuala Koh


Happy-happy bersama generasi Y


CIA = Cap Ibu dan Anak


gedik-dot-com...bersama cik 'peah'


Grup foto sebelum pulang

SEBAHAGIAN KUALA KOH 2

Bahagian ke-2, Lawatan Ke Taman Negara Kuala Koh





Anak gajah di Santuari Gajah Sg. Ketiar



Sebahagian Tasik Kenyir dari Jalan Ke Pengkalan Gawi



Ikan Kelah, banyaknya!



Signboard - destinasi lawatan di Taman Negara Kuala Koh

SEBAHAGIAN KUALA KOH

Cuba memuatkan gambar-gambar sepanjang lawatan selama 3hari 2malam itu namun menghadapi kesukaran kerana saiz gambar yang besar. Saya cuba juga dengan mengecilkan gambar-gambar berkenaan dan harap usaha ini akan berjaya kelak.

Sementara ini saya hanya berjaya memasukkan 2 sahaja gambar. Bagaimanapun usaha akan tetap diteruskan. Selamat kembara.



Berihat kepenatan sewaktu aktiviti jungle trekking di rentis bulatan ara. Kami mendengar bunyi gajah dalam jarak yang dekat, mujur tak ada apa-apa berlaku.


Berihat dititian gantung @ Canopy Walkway - gayat tetapi menarik


Nota:
Mana hilangnya telefon saya?

PENCEROBOH AKAN DIDAKWA ....

Saya telah mengadakan lawatan ke Taman Negara kuala Koh besama grup Petronas seramai 21 orang mulai 16hb hingga 18hb Oktober. Antara aturcara lawatan adalah melawat Santuari Gajah di Sungai Ketiar dan Chalet Terapung di Sg. Petuang, Tasik Kenyir. Kami menginap di Taman Negara Kuala Koh sepanjang jangkamasa lawatan tersebut. Berbagai aktiviti diadakan, selain dari Jungle Trekking, menaiki Titian Gantung @ Canopy walkway, Night Walk, melawat perkampongan Orang Asli, menaiki bot menyusuri Sungai Lebir, rubber tubing serta melawat tapak sejarah di Kubur Pengikut pahlawan melayu Pahang Datok Bahaman.

Saya cuba muatkan gambar-gambar yang mungkin akan memberikan sedikit tambahan meklumat mengenai perjalanan kembara tersebut. Kepada sahabat-sahabat yang bersama saya dalam jangkamasa lawatan berkenaan, saya mengucapkan terima kasih dan mohon maaf seandai terdapat kekurangan dan rasa tidak puahhati sepanjang lawatan.




penceroboh taman negara akan didakwa, penceroboh laman blog ini juga akan didakwa

Sebelum taklimat mengenai taman negara dan pertunjukkan video dibilik interpreatif


Sunday, October 18, 2009

HANYA ADA DUA

hanya ada dua
lagu yang berbicara
menyampaikan kata....





Saturday, October 17, 2009

hidup bukan kerana doa

hidup bukan
kerana doa
mati bukan
kerana sumpah ???

Thursday, October 15, 2009

peduli apa lagi?






biar saja aku menjerit
sedih dan pedih
runtuhkan gunung jadikan gaung
curam dan dalam
atau meniupkan ribut dilaut
hanyutkan pulau-pulau karang
peduli apa lagi?
aku sudah tak peduli diri
kelak
bila aku mula lupa
pada siapa namamu,
atau apakah pada suatu waktu
kita pernah bertemu?
untuk apa lagi ambil peduli
pada jiwa sepi yang mati?
jika ini suratan
dan kita hanya ditemukan
pada satu titik digarisan bersilang
peduli apa lagi?
jika nanti
suaraku juga tidak akan ada
sesiapa ingin mendengari



Wednesday, October 14, 2009

lembah ini sunyi

tiba-tiba aku disini
bersama dan sebagaimana
pohon-pohon dan ranting,
serta rumput-rumput kering
sepi dan mati.
lembah ini sunyi!
angin pun tidak bertiup
tiada bicara
tidak lagi menyampaikan berita
selain tentang ketakutan
akan terputusnya rindu
dipertengahan jalan
antara yang ditinggalkan
dan meninggalkan
mana satu binasa?
mana lebih sengsara?





kosong

.

. .. . ..

.. .. ..


(bisikan):
airmata
jadi permata
....










Tuesday, October 13, 2009

kata kosong?

hari ini tak ada puisi
shhh! jangan sedih
kehilangan, kepergian
jangan ada tangis

Monday, October 12, 2009

DARI BAGAN PINANG KE KOTA BHARU



12hb oktober,
dalam perjalanan pulang
dari bagan pinang ke kota bharu
kita terlupa
tempurung yang selama ini tempat bernaung,
mana tau nanti
senjata akan memakan diri
siapa katak dan siapa berudu
soalan akan menanya dan menguji diri,
uji?
dimana permulaan dimana penghabisan

Saturday, October 10, 2009

mencari cahaya

foto: gua hijau, taman rimba kenong. maklumat lanjut di http://kenong-lodge.blogspot.com/



dalam kegelapan -
bulan memang tidak ada
yang kita harap
hanya sejalur cahaya
penyuluh jalan
agar dapat melangkah
namun yang kau pasang
bukannya pelita
tatapi,
api cinta panas dan membara
dan aku meraba
dalam terang
mencari diri
sendiri

Friday, October 9, 2009

catatan ketika rindu





1.
dicelah-celah pergunungan
akan ada dataran luas
padang yang hijau
arus air yang mengalir
memberikan kehidupan

2.
ditengah-tengah lautan
akan ada pulau-pulau dan terumbu karang
diantaranya ada tumbuhan
pohon-pohon menghijau
membawa kehidupan

3.
diantara dada dan jantungmu
aku mendengar gemersik angin
membisikan resahmu
mengamit rinduku
jendela telah terbuka

Thursday, October 8, 2009

nota kecil pada talian panas






memang susah
untuk bersuara atau menyampai pesan
kerana talian ini panas
sebagaimana diujung disana
yang masih terasa bahangnya,
lalu dimana hendak di curah rasa
atau menyampaikan kata
selain mengharap sedikit nasib
agar menjadi lebih baik
supaya ruang akan terbuka
untuk menyambut kata
menyambung bicara....


Tuesday, October 6, 2009

memang aku ingin menjerit

kepada seseorang yang sudah enggan mendengar suaraku lagi



memang aku ingin menjerit
sekuat hatiku
menyatakan sedih dan pedih
dan sakit hati ini
siapakah yang tahu?
dengarlah ratap dan tangis
raung dan lolong
kerana apa dan untuk siapa?

memang aku ingin melukai
hatiku sendiri
ingin aku koyakkan jantungku
biar darah membuak-buak
biar sesekali engkaupun tahu
bahawa aku pun tidak tertahan
menanggung rindu
kerana apa dan untuk siapa?

memang aku ingin menjerit
supaya malam tak lagi sunyi sepi
supaya engkau juga tahu
aku masih lagi bersuara
supaya engkau juga tahu
memang aku ingin menjerit

Friday, October 2, 2009

ada kata yang ingin aku bisikan

(kepada semua yang aku sayangi dan yang sayangi aku)



bahawa saat senjakala hampir tiba
matahari yang lama bangkit perlahan-lahan tenggelam
membenamkan cahayanya kedalam lautan
menutupi lembaran harinya
sebagaimana seorang lelaki tua
menghitung jari-jemari
membilang garis kedut didahi,
ada pesan yang ingin aku sampaikan
ada kata yang ingin aku bisikan;
maaflah andai kita tak dapat lagi bersama
ketika dalam mimpi dan dalam jaga
entah kerana apa atau bagaimana
bukan sengaja aku memutuskan cinta
tetapi perjalanan sudah tiba ke nokhtah
lalu kita terpaksa berpisah, namun
bila aku tidak lagi menjadi siapa-siapa
simpanlah sedikit dari kenangan
bahawa aku meletakkan cintamu
disudut yang paling dalam,
tahankanlah dan simpanlah airmata biar jadi permata
kerana demikianlah kehidupan menentukan arahnya,
pada helaan nafas terakhir
aku ingin bisikan
bahawa tak akan kuputuskan rindu
setelah kulafazkan kata
wahai kekasih siangku dan kekasih malamku
ketika kegelapan sedang menyelubungi
pelitapun telah terpadam


Thursday, October 1, 2009

memang aku sedang marah





memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa
tidak juga kepada kamu;
kerana kaulah sutera yang dipintal itu
menjadi selembar benang tenunan
dan si pandai tenun itu adalah aku
yang mahir mengurai kusutnya benang
tetapi tak upaya
mengurai kusutnya cinta

memang aku duka dan terluka
sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
kerana benang yang dipintal itu
semakin kusut
dan tak terurai
seperti rasa kasih ini
yang semakin luntur
harus akan berakhir
entah bila dan dimana

memang aku sedih dan kecewa
dan aku sedang marah
duka dan terluka
kerana engkau seakan memberi
sebenarnya membuangkan
kerana engkau seakan menerima
sebenarnya membiarkan;
segumpal benang menjadi kusut
sekeping hati menjadi remuk
dan;

memang aku sedang marah
duka dan terluka
sedih dan kecewa
tetapi bukan kepada sesiapa.