(kepada semua yang aku sayangi dan yang sayangi aku)
bahawa saat senjakala hampir tiba
matahari yang lama bangkit perlahan-lahan tenggelam
membenamkan cahayanya kedalam lautan
menutupi lembaran harinya 
sebagaimana seorang lelaki tua
menghitung jari-jemari
membilang garis kedut didahi,
ada pesan yang ingin aku sampaikan
ada kata yang ingin aku bisikan;
maaflah andai kita tak dapat lagi bersama
ketika dalam mimpi dan dalam jaga
entah kerana apa atau bagaimana
bukan sengaja aku memutuskan cinta
tetapi perjalanan sudah tiba ke nokhtah
lalu kita terpaksa berpisah, namun
bila aku tidak lagi menjadi siapa-siapa
simpanlah sedikit dari kenangan 
bahawa aku meletakkan cintamu 
disudut yang paling dalam,
tahankanlah dan simpanlah airmata biar jadi permata
kerana demikianlah kehidupan menentukan arahnya,
pada helaan nafas terakhir
aku ingin bisikan
bahawa tak akan kuputuskan rindu
setelah kulafazkan kata 
wahai kekasih siangku dan kekasih malamku
ketika kegelapan sedang menyelubungi
pelitapun telah terpadam
 
 
No comments:
Post a Comment