Tuesday, October 6, 2009

memang aku ingin menjerit

kepada seseorang yang sudah enggan mendengar suaraku lagi



memang aku ingin menjerit
sekuat hatiku
menyatakan sedih dan pedih
dan sakit hati ini
siapakah yang tahu?
dengarlah ratap dan tangis
raung dan lolong
kerana apa dan untuk siapa?

memang aku ingin melukai
hatiku sendiri
ingin aku koyakkan jantungku
biar darah membuak-buak
biar sesekali engkaupun tahu
bahawa aku pun tidak tertahan
menanggung rindu
kerana apa dan untuk siapa?

memang aku ingin menjerit
supaya malam tak lagi sunyi sepi
supaya engkau juga tahu
aku masih lagi bersuara
supaya engkau juga tahu
memang aku ingin menjerit

No comments: