Wednesday, June 23, 2010

puisi lara




menyelami hati nurani lara nur
mencari 'nur'mu didalam kegelapan
tatkala
engkau mengimbau kenangan
tentang sebuah sungai
dan sebatang pohon rendang yang
daunnya sudah tidak sehijau dulu - katamu
memang,
demi waktu yang berputar
bagaimana pantasapun kita berlari
kita tetap ditinggalkan,
tidak usah lagi mengimbau kenangan
kerana kita adalah sebahagian dari itu
yang ditinggalkan dan dilupakan
binalah impian dan harapan
walau dalam angan-angan
ianya akan lebih bermakna
bagaikan hujan
yang membasahi seluruh tubuh






Tuesday, June 22, 2010

cintamu kugenggam



(untuk semua kamu)

selamat pagi sang matahari
bulan semalam telah kusembunyikan
dicelah-celah awan hitam;

hari ini seorang lelaki tua
berhenti menghitung harinya
pada wajahnya disimpan
segala rahsia kehidupan
dia telah menghela bebanan yang sarat
sepanjang perjalanan
garis-garis diwajahnya
adalah catatan masasilam -
dia bukan menyimpan dendam
dari luka yang menusuk dadanya
kerana dia bukan kejam,
kerana dia seorang pencinta yang setia
digenggamnya erat rindu
anugerah alam semesta
sisa kasih dari setiap wanita
yang membuang permata cintanya
kerana cinta yang dusta

melihat lelaki tua itu
aku melihat diriku
aku melukis senja
melihat wajah langit yang sakit
kuning dan kemerahan
cintamu masih kugenggam
dalam tangan yang terluka.....








Monday, June 21, 2010

sajak dusta





hangat dan ghairahnya cintamu
aku terasa
jiwa mudaku meronta-ronta
minta dilepaskan
roh dari jasad
untuk bersatu seketika
biarpun dalam mimpi
namun memang itu
sebenarnyalah mimpi
dan kau hadir bagai bayang-bayang
datang dan menghilang
bersama angin musim luruh
yang memetik daun-daun kering
lalu menyepahkannya,
cintaku datang
memungut daun-daun kering itu
satu persatu,
dia tidak salahkan angin itu
dia redha dan pasrah
pada hidup dan ketentuan takdir'
meminggirlah kamu
ini pula masa untuk aku berlalu
meninggalkan kenangan
dan impian yang tak kesampaian
bukan aku yang memulakan
dan bukan aku yang menolakmu
kedalam jurang yang dalam

hendak kau namakan apa
sajak dusta ini?
namakanlah sesukamu!



Thursday, June 17, 2010

kamu sebahagian aku




andai laut itu
memisahkan antara kita
lautan akan aku keringkan
dan jadikannya padang lalang

andai gunung
membataskan jarak kita
gunungpun akan aku runtuhkan
dan jadikan gurun pasir

tidak akan ada pemisah
antara kita
sebagaimana mula
hingga ke akhirnya
kerana aku sebahagian dari kamu
dan kamu sebahagian dari aku

Monday, June 14, 2010

dalam hati ada .....





banyak kali si froddo meggiat,
katanya dalam hati berbunga-bunga
bagai ada taman dalam hati
tapi bukanlah salah
untuk sering menamankan hati kita
biar sentiasa indah
bagaimanapun froddo
itulah yang terakhir kali
kerana jiwa ini sudah kering
dimamah usia...
hahaha, biar aku saja yang ketawa
tapi kau jangan ketawakan aku froddo
ini satu sajak untukmu
untuk kau tamankan hatimu nanti;




dalam hati ada taman
dalam taman ada bunga
dalam bunga ada harum
dalam harum ada racun
dalam racun ada bisa
dalam bisa ada rasa
dalam rasa ada cinta
dalam cinta ada hati
dalam hati ada taman
dalam apa............?

Sunday, June 13, 2010

bulan




kebelakangan ini kamu sering
datang berziarahi
walau aku tidak kenal pasti siapa
namun 'bulanmu' memang membawa cahaya
bagai seorang perempuan
halus jiwamu halus budimu
dan aku bagai terkesima,
tidak mengapa jika siapa kamu tetap rahsia
asal aku merasa sentiasa dekat
bagai terpintal benang didalam hati
bulan,
terangilah malam
dan sesekali muncullah juga di sianghari
walau masih ada matahari
supaya aku tau pasti
bahawa engkau tetap ada



Saturday, June 12, 2010

yang juga indah

KOOP - KOOP ISLAND BLUES (OFFICIAL VIDEO)



Koop, hailing from Sweden, is Magnus Zingmark & Oscar Simonsson.


When listening to Koops music it's somehow easy to believe that it's played by a small orchestra, but in fact the music is based on samples. Thousands of small clips from records puzzled together into new songs. All the drums, strings, horn sections and choirs are actually sampled! This is a very time consuming way to make music (it's one of the reasons it takes such long time to make a koop album), but it's the only way to create the surreal Koop sound. One thing though, that for sure aren't sampled, is the vocals, and some fine musicians has also participated on the album playing solos, percussion and bass.

When playing live Koop transforms into a 7-9 piece swing orchestra including one or two singers, and the main mission is to make people move their feet.

Koop themselves play piano/accordion (Oscar), sampler (Magnus), and wear dresses.

Magnus (left) and Oscar (right)


See and hear more at Koop's website!

POSTED BY ELAINE ARMEN

Friday, June 11, 2010

ini bukan sajak




ini bukan sajak
hanya himpunan kata-kata
yang sentiasa membawa makna
dua atau tiga
andai kau masih anggap ia sajak
maka ia menjadi sebuah sajak
jika tidak ia masih kata-kata
untuk kita singkap
dan memilih erti dan makna

ini bukan sajak
ia sekadar pernyataan
dan pemberitahuan
bahawa aku masih ada
dan mampu menulis kata demi kata
sebagai satu isyarat
supaya engkau juga tau
aku masih mampu
menghela nafasku

ini bukan sajak
namun jika aku sudah lama tidak menulis
maka engkau harus khuatir
bahawa takdir telah memutuskan rindu
dan aku bagai angin berlalu,
jika engkau tidak menerima khabar
pasti angin lebih bijak menyimpan rahsia
menyimpan bau setanggi
dan haruman bunga-bunga



Thursday, June 10, 2010

yang indah itu





puisi itu indah
lagu itu indah
musik itu indah
matahari dan bulan dan bintang itu indah
langit dan hutan dan gunung dan lautan itu indah
titik gerimis serta hujan yang membasahi itu indah
seketika jatuh cinta itu amat indah
angin yang tak pernah kumelihatnya juga indah
saat mencintaimu itu teramat indah
aku tidak melupakan

Wednesday, June 9, 2010

dzaffin




sinar bulan jatuh di arena ini
lelaki menari mengatur langkah hati
perempuan berhidung mancung
garis putih dikening bekas berkerudung
malam ini mereka berdandan
malam ini mereka berkencang
ada yang menyematkan kembang disisi telinga
ada yang bercerita panjang mimpi semalam
ada yang diam gelisah kekasihnya tak datang
mereka seperti kuda binal
yang lepas dari terali kandang,
menapak padang rumput subur,
di arena dzaffin

makin malam suasana semakin panas
sorang lelaki mabuk turun menari
perempuan bersorak gembira
penabuh gendang-pun makin bersemangat
malam ini mereka lupakan,
kesepian dirumah seharian
sayang ketika bulan mulai beranjak
penjaga kandangpun mulai berdatangan
memasang mata kejam diwajah nan keras
pulang Aminah, pulanglah Zaleha
gadis-gadis pun pergi meninggalkan,
arena dzaffin


Saturday, June 5, 2010

tuhan sudah tidak sayang umat ini




di Palestin di Gaza
bahkan di lautan pun
mereka mambawa api permusuhan dan dendam
setiap tubuh Palestin di robek
darahnya dihirup dengan rakus
Palestin dimalukan semahunya
'kemaluan' Palestin pun bakal dipertontonkan
yahudi memperkosa segalanya
yahudi memperkosa seluruh umat manusia
memberikan rasa terhina sepanjang hayat

Tuhan sudah tidak sayang lagi pada umat ini
Tuhan sudah benci pada umat ini
Tuhan tidak langsung membantu umat ini
Tuhan biarkan umat ini sengsara
Tuhan biarkan umat ini dimalukan
kerana dosa umat akhir zaman ini kepada Tuhannya
kerana mereka telah melupai Tuhannya
kerana mereka tidak lagi mengenali Tuhannya
kerana umat ini juga telah memalukkan Tuhannya
kerana mereka sudah lupa pada kata;
Allah-hu Akhbar


Friday, June 4, 2010

inilah aku.......

kadang-kadang aku merasa
aku menyimpan segalanya
dalam lipatan kenangan
tentang kehidupan
tentang......



Seposen untuk 500ml murahlah tu.
Tapi di tempatku dihutan segalanya percuma
sungai membekalkan air sentiasa jernih



Jembatan Temerloh. Segalanya berubah, berubah dan berubah



Ini saja untuk makan tengahariku di Temerloh hari ini
patin masak tempoyak satu kemestian



Pinggan saja yang tinggal segala isinya sudah aku belasah habis



Tek tarik ini untuk minum petang. Ini di tempat yang lain.
90 darjah tapi nasib baik tak tumpah.



Setia kepada BN atau hanya itu sumbangan BN kepada hidupnya
@ sehelai baju untuk bekerja



Gunung Senyum jelas kelihatan bila sawit sudah ditebang


mana aku? ada...ada...aku masih ada lihatlah dibawah ini
gambarku untuk kenang-kenangan..hehehe



Inilah aku...dalam perjalanan.......

Thursday, June 3, 2010

catatan apa ini?


begini;

kata ku kepada mereka berdua; tau kamu tentang cerita seorang puteri yang menciumi seekor kodok, kemudian kodok itu bertukar menjadi putera raja yang tampan dan gagah perkasa. Kata mereka ya, kami tau dan dengar cerita itu. Kata aku lagi; kodok ini jangan diciumi kerana ia tidak mungkin akan berubah menjadi putera atau puteri raja, sebaliknya mungkin kamu yang akan berubah menjadi kodok. Mereka berdua terkejut, dan aku tertawa, hahahaha Apakah kamu juga tau yang mana katak dan yang mana kodok?



Ini semasa melakukan aktiviti tubing di Sungai Lebir, di Taman Negara Kuala Koh. Oooo! kita tidak lakukan ini sebaliknya kita hanya berkanoe menghilir sungai mengikuti arus air yang mengalir. Aku mengajar kamu tentang kehidupan. Hidup jangan menongkah arus!



Menunggang gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Kita dulu tidak kesana kerana setiap saatku, aku harus ada sentiasa dekat denganmu kerana aku tau itulah pertama dan terakhir kali, tidak akan ada peluang demikian sekali lagi.



Adik beradik ini berehat di platform di titian kanopi. Kita tidak duduk-duduk disini begini.
Peluang itu telah aku biarkan berlalu...itu sewaktu ada taman dalam hatiku..., huhu



Akhirnya, aku bagai geladangan menanti keretapi tiba untuk aku juga belalu pergi
dan meninggalkan stesyen itu sepi dan mati. Hanya kelkatu-kelkatu itu yang tetap tabah mengejar cahaya walau ia tau bahawa cahaya itu adalah api yang membakar dirinya



Ini adalah anak-anak manis Alex yang bersamaku baru-baru ini di Kuala Koh.

Yang tau semua itu hanyalah kita berdua. Kenangan itu akan kusimpan sampai bila-bila. Sampai bila-bila.....bila-bila.

Sebenarnya mungkin aku telah merasa sunyikan kamu......

Aku pernah kata dulu yang aku suka disini dan akan habiskan banyak masa aku disini dan inilkah yang sedang aku lakukan. Aku sedang tinggalkan semuanya untuk diriku sendiri. Maaf kepada semua yang ada disekelilingku...apa pun semua kamu akan tetap aku ingat dan kenang selamanya.





Tuesday, June 1, 2010

siapa yang tau?




selamat datang
senjakala
tatkala aku melihat
mentari jatuh
jatuh dikaki langit
dan terluka
menyimpan
kesakitan semalam
aku juga
sedang sakit
mengheret kedukaanku
siapakah yang tau?
jika kelak ada
kesal dalam hati
adalah kerana
aku tidak lagi mampu
menjadi penjagamu