Thursday, June 3, 2010

catatan apa ini?


begini;

kata ku kepada mereka berdua; tau kamu tentang cerita seorang puteri yang menciumi seekor kodok, kemudian kodok itu bertukar menjadi putera raja yang tampan dan gagah perkasa. Kata mereka ya, kami tau dan dengar cerita itu. Kata aku lagi; kodok ini jangan diciumi kerana ia tidak mungkin akan berubah menjadi putera atau puteri raja, sebaliknya mungkin kamu yang akan berubah menjadi kodok. Mereka berdua terkejut, dan aku tertawa, hahahaha Apakah kamu juga tau yang mana katak dan yang mana kodok?



Ini semasa melakukan aktiviti tubing di Sungai Lebir, di Taman Negara Kuala Koh. Oooo! kita tidak lakukan ini sebaliknya kita hanya berkanoe menghilir sungai mengikuti arus air yang mengalir. Aku mengajar kamu tentang kehidupan. Hidup jangan menongkah arus!



Menunggang gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Kita dulu tidak kesana kerana setiap saatku, aku harus ada sentiasa dekat denganmu kerana aku tau itulah pertama dan terakhir kali, tidak akan ada peluang demikian sekali lagi.



Adik beradik ini berehat di platform di titian kanopi. Kita tidak duduk-duduk disini begini.
Peluang itu telah aku biarkan berlalu...itu sewaktu ada taman dalam hatiku..., huhu



Akhirnya, aku bagai geladangan menanti keretapi tiba untuk aku juga belalu pergi
dan meninggalkan stesyen itu sepi dan mati. Hanya kelkatu-kelkatu itu yang tetap tabah mengejar cahaya walau ia tau bahawa cahaya itu adalah api yang membakar dirinya



Ini adalah anak-anak manis Alex yang bersamaku baru-baru ini di Kuala Koh.

Yang tau semua itu hanyalah kita berdua. Kenangan itu akan kusimpan sampai bila-bila. Sampai bila-bila.....bila-bila.

Sebenarnya mungkin aku telah merasa sunyikan kamu......

Aku pernah kata dulu yang aku suka disini dan akan habiskan banyak masa aku disini dan inilkah yang sedang aku lakukan. Aku sedang tinggalkan semuanya untuk diriku sendiri. Maaf kepada semua yang ada disekelilingku...apa pun semua kamu akan tetap aku ingat dan kenang selamanya.





2 comments:

kedai buku perintis said...

slam sdr azam
sesekali menukar menu....

tak akan jemu
tukar cita rasa
biar ceria.

Azam Abd Rahman said...

zeza, betul..betul..betul....awak memang betul2 betul kali ini.