bagun pagi
melihat langit,
awan dari
celah-celah atap daun yang bocor
gelap dan
penuh ti...tik-ti...tik hujan
hujan semalam
belum reda
dan tanah
masih basah,
dahaga pagi
dipujuk pahit secangkir kopi
dan sepinggan
rebus ubi
bercicah sambal
lada garam, ikan asin dan kelapa parut
sekadar
pengalas perut,
lalu bergegas
ke sungai
mengintai paras
air,
sambil melihat
perahu di tambatan
entahkan air
sungai naik mendadak
di kuala anak-anak sungai air menyenak
wah! kita dah bah!
dalam hujan
yang belum palih
reda pun tidak
juga
mengalirkan selut dan lumpur dan ke sungai
dibawa hanyut deras arus dari hulu ke muara
menenggelamkan
dukalara
anak kampong
di pedalaman.
sungai kita
makin berlumpur dari dahulu
tentu bumi
kita semakin parah
kerana bukit
dan gunung ditarah
paya dan tasik
di tambun
bumi sudah
jadi bagai dataran
sama dan rata
dimana gunung
dan bukit menahan angin?
dimana paya
dan tasik menampong air?
tentu bumi
kita semakin marah
dalam usia
tuanya
ia akan lebih
banyak muntahkan lahar
gunung terbakar
bahkan
menggocak laut jadi tsunami
akan lebih
banyak mencetuskan gegar
dan gempa bumi
akan lebih
banyak air membiarkan banjir
tenggelamkan
kekejaman
akan lebih
banyak keringnya daratan
oleh kemarau
panjang
akan lebih
banyak mencarik merobek
lapisan ozon
oleh asap dan pembakaran
bumi kita
semakin parah
bumi kita
semakin marah
bumi kita
semakin merah
kerana kita
tidak pernah berterima kasih
dan menyayangi
kerana
menyangka itu adalah hak
bukan
pemberian dan tanggungjawab
kita menjadi
makhluk yang rakus
dan
memusnahkan
atas nama
pembangunan
tiba-tiba aku
terasa
kopiku semakin
pahit
ooooh! 'harga
gula sudah naik'.......
teringatkan
rumpun tebu di halaman
teringat
tanaman di kebun yang tenggelam
bantuan
kerajaan apakah akan sampai atau mungkin hilang
mungkin
ada yang menyembunyikan
nanti,
aku akan adukan kepada pak menteri........
aku akan adukan kepada pak menteri........
kami orang
kampong juga punya 1 undi
Jerantut.
Jerantut.