putih mata Melayu
Batu Putih jatuh ke tangan orang
seperti sejarah Temasek
dalam maknanya peribahasa Melayu;
’Ayam terlepas tapi tangan bau taik’
menangislah Melayu
airmata darah
sehingga titisan hujan juga
turut memerahkan tanah
bumi pusaka ibunda
hilang ’Batu’ Melayu itu angkara siapa?
siapa si kitul dan raja mendaliar-nya?
aku di sini dan engkau di sana
yang rugi Melayu juga -
kerana tidak bersatu,
pandanglah ke hadapan
jeling juga Pulau Mutiara
banyaknya kapal asing berlabuh
namun sauh telah dibongkar
layar telah terkembang
Melayu jangan lupa kata-kata;
apabila jong pecah, yu akan kenyang
yang tinggal hanya Melayu
- mengiggit jari
mengiggit jari sendiri.
20.12.2009
7 comments:
salam bro azam, gigit jari jgn smp ke tua.
sajak untuk anak melayu
tulisan azam ingat selalu
tersurat dan tersirat ‘batu’
mudarat enggan bersatu
Syukur tioman milik kita
Batu Putih jadi putih mata
Akur ICJ putuskan bicara
Begitulah adat hidup dunia
Kudrat tenaga cara dahulu
Kalau baca sejarah melayu
Nusantara ini boleh dipadu
Itu sejarah buat anak cucu
Batu putih peringatkan kita
Ditewas dengan hujah kata
Konon bukti pemilikan tiada
Dulu temasik atas tipu daya
Politik cetek orang melayu
Pada melayu serang bertalu
Bila orang lain gosok dagu
Sesama sendiri rela seteru
Tidak salah berbeza pendapat. Bersatunya orang Melayu perlu dilihat dari pandangan luas, bukan sempit. Untuk apa bersatu kalau penyatuan itu memungkinkan pemilik kuasa politik meneruskan kesonglapan dan rasuah? Yang membinasakan ialah bermusuhan sampai ke peringkat menghapuskan lawan politik secara memenjarakan dengan fitnah.
Semua ini kerana tamakkan kuasa dan gelojoh serta rakus, kerana kuasa menajanjikan kemewahan material.
sri hartamas
Tidak salah beza pendapat
Perbezaan terjadi pengikat
Kerana beza jurus berkerat
Taburan fitnah melaratlarat
Sehingga bila kita sebegini
Punya telinga, berlagak tuli
Punya otak, tidak berfungsi
Punya mulut, fitnah ditaburi
Taksubkan peminpin terlalu
Lakonan peminpin jurus tipu
Di depan kita, gajah terpaku
Belakang kita, semut keliru
bisalah sungguh kata Si-Bengah
sri hartamas sudah termengah-mengah
padanya si penipu itulah raja
ber-Nabi ber-Tuhan-lah kepada dia
Melayu hartamas sudah keliru
kerana harta dia begitu
taksubkan pemimpin tidak menentu
salah dan benar dia tak tahu
Padanya dia dipihak benar
menyokonglah dia pada yang onar
tak ada angin tak pohon bergoyang
akhirnya ternganga tertikam belakang
siapakah engkau ini?
dicelah-celah percakapan antara hidup dan mati
antara perang dan damai
engkau telah membuat pilehan
kesenangan adalah pilihanmu
tetapi siapakah mereka ini?
dicelah-celah percakapan antara menang dan kalah
antara kuat dan lemah
mereka telah membuat pilihan
kekuasaan adalah pilehan mereka
tetapi engkau telah pun memilih.
pilehanmu bukan untuk mu
bila datang panas engkau akan berpeloh
berkipas, merengik dan membebil selalu
bertelanjang saja adalah pilihan yang baik
engkau sudah pun memilih
dan berada dicelah-celah percakapan mereka.
engkau telah memilih mereka
ketika surga berada dipinggir hati
ketika neraka meninggalkan pergi
ketika waktu menjunjong masa
ketika itu bulan entah kemana
Wahai sang bakti dewata hati
lembah gunong serapah api
nampakan aku di bumi mu nanti
tempat naungan panji dan jampi
tempat engkau memungkir janji
menanggoh kiamat sebelum mati
Post a Comment