Wednesday, September 28, 2011

fragmen: aku dan laut




aku. laut dihadapan. biru.
camar berterbang. melukis langit
awan kelabu. mana tiang layar?
mana camar bakal hinggap?
perahu layar terbiar.
pelabuhan yang sepi. 
jiwa yang mati....(pause) ...
janji. masih kau ingat?
aku belayar tanpa kemudi. engkau
cahaya malam hitamku.
bergelombang laut. ombak
bergulung. bidukku dihempas
ke karang. hancur. berkecai.
hatimu batu. sekeras karang itu.
yang lebur hanya aku.
yang lebur. aku.
oooiiieeeee!!!


Tuesday, September 27, 2011

rin ..





rin ....
itu rindu yang membara dan bergelora
adalah resah gelisah sedalam lautan dan kedasarnya
menghempas gelombang pada pasir pantai
membasahkan dan menggoncang pelabuhan sepi

rin ....
itu adalah rindu nyanyian burung-burung
yang berterbangan melayang di bawah awan
yang berkicauan pada pohon-pohon cemara
rin ... itu untuk kim..

Saturday, September 3, 2011

barangkali cinta itu




barangkali
adakalanya aku terlupa seketika
kitalah meredah gelombang
ribut dan badai melanda kita bersama
berpimpingan tangan
mengheret luka sengsara
merentas gurun pasir sahara
mencari teduh dibawah pohon
rimbun tatkala mentari panas
membakar bumi atau pada ketika
berlindung dari basah hujan
barangkali
aku juga terlupa
bahawa sewaktu cinta itu membara
engkaulah puteri remaja itu
yang memetik bunga-bunga di taman
ketika taman masih hijau
dan basah oleh embun pagi hari
dan aku mengintai-intai
bagai mencari jalur pelangi
tatkala hujan diluar musim
barangkali
aku terlupa bahawa Tuhan
telah mencipta buah-buah bergantungan
tegap pada tampuknya
sebagaimana kita yang
bersama sepanjang usia
meredah suka duka dan senyum tangis
barangkali
bagaimana sukarpun kehidupan
aku tidak harus berpaling arah
dari menatap wajahmu sepanjang usiaku
sambil mengenal makna setia
isteriku kekasihku
Zauriti....
barangkali cinta ini masih seputih salji