Monday, August 24, 2009

PUSARA





ketika orang ramai berduyun-duyun berjalan
menuju tanah perkuburan
dan aku sebahagian dari mereka itu
lalu mereka mengelilingi pusara kerabat masing-masing
mencabut rumput dan membersihkan daun-daun kering
sambil berdoa dan sedekahkan fatihah
pusara itu juga disirami air yang di doakan kaum kerabat dan para sahabat
serta ditaburi bunga-bunga

dan aku disitu menyusunkan batu-batu
menjadkannya nesan dan sebuah pusara entah milik siapa
menyirami pusara itu dengan airmata
lalu orang-orang yang lalu-lalang bertanya sesama mereka
siapakah ini dan itu pusara siapa?
ada terdengar suara sayup dibalik pohon rimbun
'ini seorang penyair yang hatinya telah patah
dan pusara itu adalah kubur cintanya yang telah mati'

sebelum aku pergi
sempat ku catat kata-kata duka dipusara
'bahawa segalanya adalah kerana "dia"'

1 comment:

The Lying Eyes said...

ngeri bang...... innalillah