Monday, February 16, 2009

KEDAMAIAN INI


Begonia Sp di Kenyir


Air Terjun





KEDAMAIAN INI

dari hutan ke gunung
ke tasik ke pulau
ke laut ke pantai
kemana lagi harus kucari
kedamaian ini
yang ada hanyalah sepi,
aku menjerit
namun yang kudengari hanyalah
suaraku sendiri
kemudian sepi kembali
lalu mati
dan aku menyedari
bahawa hanya aku
sendirian disini







Tasik Yang Tenang Dan Bening


Aku Kecapai Damai Ini, Bukan Bersendiri.

Sunday, February 8, 2009

MIMPI MENTERI


MIMPI MENTERI

ada negeri
ada raja nya
ada rakyatnya

ada menteri
tiada negerinya
tiada rakyatnya

ada menteri
ada mimpi
......
gadai jiwa dan roh
gadai janji

Saturday, February 7, 2009

POLITIK 2


POLITIK 2

politik itu
memusuhi sahabat
dan
mensahabati musuh

politik itu
kelirukan yang bijak
dan
menipu yang bebal

politk itu
penuh
prespesi, spekulasi,
konsprasi dan kontroversi

politik itu
membina dan meruntuh
dan membina semula
dan meruntuh semula

politik
itu
jatuh
dan
bangun


Tuesday, February 3, 2009

APALAH ADA ...LAWATAN Univ. Malaysia Terengganu KE TAMAN RIMBA KENONG,

apalah ada

apalah ada pada kata
selain bicara penyampai makna
terkadang tersasar dari erti
bukan kerana dibuai mimpi -
tetapi kerana tersalah mengerti

biarpun gambar tidak bicara
namun memberi beribu makna
hanya sesekala
kita tersalah membuat tafsiran
bahawa yang berenang itu -
bukan semuanya ikan.


Taklimat dari 'Sifu' sebelum bertolak ke Air Terjun Lata Kenong
'LAWATAN UNIV. MALAYSIA TERENGGANU' KE TAMAN RIMBA KENONG
PADA 25/1-27/1/2009


River Crossing sebelum tiba di Air Terjun Lata Kenong


Santai: Saat tiba di air terjun


Perjalanan pulang dari air terjun

Foto kenangan sebelum bertolak pulang


Menaiki bot dari Jeti Tg. Kiara


Posing terakhir sebelum menaiki bas

Wednesday, January 28, 2009

DI SATU SUDUT DUNIA YANG LAIN



Tunjuk perasaan di Barcelona


Pembunuhan beramai-ramai di Vietnam



KEHIDUPAN INI

kehidupan ini
apa sebenarnya yang kita cari
dan apakah yang telah kita temui

apakah kita berpuashati?
apakah kita pasti
atau kita tak pasti
atau akan terus mencari-cari
mencari
cari
men
cari
ca
rrrrrrrrrr
iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!


Thursday, January 22, 2009

DI SUATU BELAHAN DUNIA YANG LAIN

?

Seringkali kita merasa
alangkah bertuah
jika berada dipuncak
bila kita dipuncak
kita pula melihat lembah
dan merasakan bahawa
indahnya berada disana.

Dunia yang indah ini -
dimanapun kita berada
sebenarnya kita adalah sama,
seringkali tidak berpuas hati
pada nasib yang sedemikian baik.


Pandangan dari dalam Gua Hijau, Taman Rimba Kenong, Pahang


Aku, di Tekam Plantation Resort, Jerantut Pahang


Itulah arah yang ku tuju


Di Cemeron Highland - sebelum membelah dingin hujan pagi


Kg. Kuala Medang - nikmati emping


Meneroka Sungai Erak, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang


Perjalanan ini ...


Homestay Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang


Kuala Medang, mempertemukan 'guests' dan host 'foster'

Thursday, January 15, 2009

HARI KE 19




hari ke - 19
Gaza menangis
hampir 1000 jadi korban
Yahudi umat yang dilaknati Tuhan

seluruh dunia sebak
dari China ke Pakistan
bahkan Eropah juga turut meratapi
tangan-tangan dajjal
membunuh anak kecil
yang mereka cari
yang mungkin antaranya
dari keturunan nabi

Yahudi ingkar janji Allah
bahawa dipenghujung hari
akan hadir Imam pemimpin ummah
seperti sabda Rasulallah
yang seperti namanya
yang Isa pun akan berImamkan dia
Muhammad Bin Abdullah
Al-Mahadi


Wednesday, January 14, 2009

KEMBARA2


perjalanan demi perjalanan
bermula dan berakhir
lalu bermula kembali -
inginku mananya
dimana penghujungnya?

bagai menyusur arus air
pasti ada hulu dan hilir
lalu lagi aku bertanya
namun jawapannya yang pasti
hanyalah sepi
dan
mati !



Aku - Bergambar Kenangan Di KLIA


Sesulur Berpaut Di Pakis - pic by Jason

Ketika Senja Enggang Terbang Pulang Ke Sarang - pic by Jason


Gunung Tahan - Indah Dan Permai, Tenang Dan Damai - pic by Junus Suhib


Ketika Buluh Masih Rebung - pic by Jason

Tuesday, January 13, 2009

SATU KEMBARA LAIN



di satu kembara yang lain;

bukit dan gunung di daki
tasik dan sungai di susuri
segalanya tersimpan
segalanya dikenang
sesuatu diingati
seseorang dirindui

kembara dari kuala koh
ke kenyir
bulan dan matahari jadi saksi
.....?






Senja Dan Si Burung Cecawi (Racquete-tailed Drongo) - pic by Jason


Bunga Putat


Di Air Yang Tidak Tenang Apakah Buaya Tidak Ada?
Kehidupan: Bukan Bagai Menuruti Arus Air Yang Mengalir


Di Pejabat Perhilitan Kuala Koh:
Khairul, En. Osman, Nora, Richard & Aku pic - by Richard Lim



Air Terjun - Yang Terjatuhnya Aku



Tasik Yang Damai - Damailah Hatiku...


Meneroka Tasik Yang Membiru


Di Air Yang Tenang ...


Di Sini Daratan Ada Kehidupan , Di Sini Juga Ada Harapan - pic by Richard




Nota:
Semua foto ikhsan NN melainkan dinyatakan.


KUNMING 2004 - 3

Sebahagian lagi...

Makan Malam Terakhir? -
Dari Kira: Ruslan Ujang, Aku, Christian Jutvik dan Polytarius

Dari Kiri: ?(Vietnam), Aku, Lee(China), Ruslan, Tenpa(Tibet), ?, Yan(Myanma), Polytarius(Indonesia)

Meredah Kabus Pagi Di Dali

Yan,Tenpa,Aku,Ploytarius,Lee,Ignas(Indonesia),Benjamin(Indonesia)


ingin rasanya
mengulangi semula
pengalaman semalam
namun tak mungkin dapat
diulangi lagi
ataukah
tidak akan sepertinya
lalu
simpankan saja
mungkin itu lebih bermakna
dan
lebih indah saja
dalam
kenang-kenangan

KUNMING 2004 - 2

Sebahagian lagi foto kenangan di Kunming


Aku dan Polytarius


Duduk dari Kiri; Polytarius(Indonesia), Lee(China),Tenpa(Tibet) dan Aku


Foto Kenangan Beramai-Ramai
Di Hadapan Sebuah Temple Di Dali

Di Hadapan: Polytarius dan Ruslan Ujang


Polytarius Dan Aku DiHadapan Sebuah Restoran Di Dali


ingin aku mengucapkan
menyatakan betapa
berertinya kehidupan ini
dalam warna dan warni
mencorakan suatu lukisan
yang sukar ditafsir

tak satupun terluahkan
namun semuanya tersimpan
erat dalam ingatan
yang akan payah dirungkai
hanya sesekali
ketika seperti ini
ianya datang lagi
dan lagi
berulang kali
mengamit rindu dan cinta
namun
sekadar
sehelai rambut yang gugur
ditiup angin
dan hilang begitu saja.