Tuesday, May 25, 2010

kehidupan ini sungguh bermakna, apa lagi yang aku nak?




teringat pada kata-katamu
ketika kau memujuk aku;
apa lagi yang abang nak?
abang dah ada segalanya...
dan hari ini
aku mengakuinya, kebenaran kata-katamu
bahawa aku telah memiliki segalanya
dan kehidupanku memang sungguh bermakna

apa lagi yang aku nak?
nak kan kasih, aku ada isteriku yang sangat kusayangi
yang kasihnya padaku dan kasihku padanya tidak pernah putus
nak kan kehidupan, aku ada anak-anak yang kusayangi
yang sayangnya padaku dan sayangku padanya tidak pernah kurang
nak kan dunia, aku ada duniaku seadanya
yang perutku senantiasa merasa kenyang
ketika ada yang haus dan merasa kelaparan
nak kan akhirat, aku ada Tuhanku dan agamanya
yang kugenggam tak pernah kulepaskan

apa lagi yang aku nak?
aku juga sedang ada kamu adikku
yang melihat aku didalam rona matamu
yang bernafas dengan nafasku
yang membisik dengan suaraku
apa lagi yang aku nak...
jika aku masih ada kamu?
aku tidak harus terlalu tamak
didalam kehidupan ini
dan tidak harus mengambil semuanya
kerana orang lain juga harus memiliki

Friday, May 21, 2010

di arus kehidupan


dia
hilang di rimba ......

dia bersembunyi
di belantara

kembali mencari segala yang hilang

katanya

adiknya suka suara cengkerik

ketika senjakala

adiknya juga suka
melihat angin
memetik daun-daun kering

dan mengugurkannya

hanyut di arus air yang mengalir
katanya lagi

demikianlah kehidupan
menentukan arah
yang bakal dituju

'kerana kebebasan yang bermakna adalah

berani membentuk hidup

bukan menuruti aturan yang terbentuk'

Saturday, May 15, 2010

jangan lagi ada sayang dalam hati

sekadar hiasan, jangan ada sebarang tafsiran kerana
tak akan tercapai akalmu dan akalku


maaf! memang benar aku menipu kamu
selama ini segalanya dusta dan pura-pura:
bila aku sedih kukatakan aku gembira
bila aku susah kukatakan aku senang
bila aku sakit kukatakan aku sihat
bila aku jauh kukatakan aku dekat
bila aku benci kukatakan aku sayang


memang demikian yang berlaku
'art of war' karya sun tzu mengatakan begini;

(fasal 1 laying plan perkara 19)
hence, when able to attack, we must seem unable;
when using our forces, we must seem inactive;
when we are near, we must make the enemy believe
we are far away; when far away, we must make him
believe we are near.


jangan percaya kata-kataku!
segalanya dustaku kepadamu
kerana aku tidak pernah menyayangi kamu
(sebagaimana kamu juga
tidak pernah menyayangi aku)
jangan lagi percayai aku
kerana aku hanyalah seorang penipu
jangan lagi ada sayang dalam hati
semaikanlah benih-benih benci dan dendam
di dalam hati

angin berbisik



(dengan apologi kepada semua yang aku kenali
dan yang mengenali aku, maaf! maaf! dan maaf!)


janganlah engkau gusar
apabila aku sudah tidak ada didepan mata
nescaya angin akan membisik khabar
menyebarkan harum bau kenanga
dan itu bermakna aku masih teguh berdiri
diatas kakiku sendiri

janganlah engkau bimbang
apabila lama tidak menerima berita
mungkin angin sesekala beralih arah
namun lambat laun kau akan mencium
haruman bau kasturi
menyampai khabar bahawa aku masih disini

janganlah kau bersedih
bila tiba-tiba kau terasa
bagaikan aku telah tiada
mungkin angin lewat menyampaikan berita
menyebar harum bau setanggi
benarlah bahawa aku telah pergi
(sebelum kita sempat berjumpa semula)
namun rohku masih ada terperangkap dalam jiwamu



Friday, May 14, 2010

suara angin

Sekadar hiasan: 4hb Jun, 2004 sewaktu di Dali, China
Duduk dari kiri; Polytarius (Indonesia) Lee (China) Tenpa (Tibet) dan aku



angin bukan berhenti dan bukan mati
ia tetap bergerak dan membawa khabar
tentang kamu kepada aku
walau dimana kamu dan aku berada
aku masih mendengar tentang kamu
dan kamu usah bimbang tentang aku
kerana aku disini masih sihat dan baik-baik saja
sebagaimana aku tidak pernah bimbang tentang kamu
kerana kamu disana khabarnya
gembira dan sihat-sihat saja
mungkin kamu tidak mendengar suaraku
dan akupun tidak mendengar suaramu
tetapi cukup dan memadailah
bila angin membisikkan khabar ke telinga kita
kerana suara angin itu adalah suara kita juga
tiada apa yang hendak dikesalkan
simpan segalanya didalam hatimu
jika ada takdir
kamu akan melihat aku dan aku akan melihat kamu
jika tidak kita simpan untuk kehidupan lain
dengar juga bisikan dan suara angin


Tuesday, May 11, 2010

'tuan doktor, periksalah saya, saya rasa ada lagi yang sedang naik selain kolestrol dan kandungan gula'




selepas kejadian dulu
menemui doktor secara berjadual adalah sebahagian
aturcara bulanan
kata doktor;
encik, tahap kolestrol naik
makan tu kenalah pantang
kata saya;
saya memang pantang doktor
pantang nampak makanan yang menyelerakan
saya tetap akan makan
umur saya dah lanjut tuan doktor
kalau tak pantang saya akan mati
pantangpun saya tetap akan mati juga
kata doktor lagi
encik, tekanan darah juga naik
kata saya;
memanglah tuan doktor
kebelakangan ini saya selalu naik darah
gaji tak berapa naik
harga barang-barang yang tinggi naik
kalau minyak masih naik
gajah pun akan naik minyak
tiba-tiba misi cantik lalu dan senyum
rasanya memang bukan pada saya
tetapi saya tetap terasa
tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang tak kena
'tuan doktor,
periksalah saya
saya rasa ada lagi yang sedang naik
selain kolestrol dan kandungan gula'
aku cuma nak kata
masa yang tinggal sedikit ini
harus diisi dengan rasa ceria
kata doktor;
encik, minggu depan datang lagi.
kata saya;
kalau begini, bolehkah saya datang esok dan lusa
dan setiap hari?
hehehe!

Monday, May 10, 2010

aku penjagamu





seandainya aku mampu untuk bertahan lebih lama lagi
aku sentiasa merelakan untuk menjadi penjagamu
seperti kata yang diucapkan dahulu
aku pasti tidak akan memaling ke arah lain
kerana kata-kata itu sudah termeteri menjadi janji
cuma, izinkan aku mengambil istirahku seketika
menghirup nafas panjang dan merawat segala luka dan duka
memang kepedihan itu masih terasa lagi
namun usah engkau bimbang dan khuatir
ianya tidak akan berlangsung terlalu lama
kerana kepedihan itu pun sudah pasti akan hilang
kalaupun bukan kerana luka itu yang sembuh
mungkin kerana berakhir perjanjian antara jasad dan roh,
namun aku tetaplah penjaga kamu
selagi engkau masih menganggap dan merasainya begitu
selagi engkau menghargai aku dan mengingininya begitu


nota:
terima kasih kepada sahabat yang memberikan doa
tatkala dalam tafakur.


Saturday, May 8, 2010

ke dua



memang tepat pilihanmu itu
tidak menjadi orang kedua
jika masih berpeluang menjadi yang pertama
engkau ingin menjadi ratu
bukannya dayang dalam istana

memang tepat tindakkanku ini
untuk apa menjadi yang kedua
bila ada pilihan menjadi yang pertama
aku ingin menjadi raja
dengan ratu-ratuku didalam istana

demikianlah suratan
kita menurutnya dalam kehidupan;
bagaimanakah aku seekor musang
bila kecewa mendapatkan anggur itu
baiklah kukatakan rasanya masam

Friday, May 7, 2010

jalan ini


jalan ini lurus
tetapi jauh bagai tidak berpenghujung
entah dimana titik untuk kita berhenti

jalan ini pernah
engkau lalui ketika keretapi menipumu
membuat kita lama menunggu

jalan ini aku
lalui semula ketika sudah
tidak ada kamu dan yang tinggal hanya aku


Thursday, May 6, 2010

sajak prk kepada yab perdana menteri






YAB Perdana Menteri,
kadang-kadang kami ternanti-nanti
bila pula YB kami akan mati
biar ada PRK lagi
kami akan dapat YB yang baru
serta peruntukan dan projek
beratus-ratus juta ringgit

YAB Perdana Menteri,
tiap kali ada PRK
2 lembu akan berlaga
kami tak peduli yang mana menang
yang mana tumbang
kerana 2 pihak akan bertelanjang
sama-sama saling menikam belakang

YAB Perdana Menteri,
sebenarnya siapa calon kami tak peduli
yang kami kehendaki
duit dari langit jatuh ke bumi
dapatlah kami turut menikmati
segalanya sebagai rezeki
apa yang disebut limpahan ekonomi

YAB Perdana Menteri,
harap-harap tak lama lagi
YB kami pula akan mati
harap janganlah lambat sangat
bimbang juga kami tak sempat
kalau usia kami yang singkat
kerana kami pun hendak merasa
bagaimana marhaen dilayan bagai raja





Wednesday, May 5, 2010

apa yang tinggal?



apa lagi yang tinggal?
hati yang telah remuk
kau megoyak-ngoyak jiwaku
bagai mencarik-carik secebis kain putih
aku hancur dan kembali menjadi benang
kembali menjadi kapas.

hendak kau apakan aku selepas itu?
membakar aku menjadi debu?
roh yang tinggal
akan selamanya melayang-layang
mencari jasad yang bercaing-caing
telanlah segalanya dariku
hendak kau apakan juga rohku?

apa lagi yang tinggal?
apa lagi yang kau inginkan?
memang engkau aku maafkan
namun dendam masih kusimpan
andai ditakdir kita bertemu
pada kelahiran lain
engkau tak akan aku lepaskan
engkau tak akan aku biarkan
pergi begitu saja....






Monday, May 3, 2010

akal itu seperti air, jika tidak dikocak ia akan kekal jernih





'akal itu seperti air
jika tidak dikocak
ia akan kekal jernih'

saat menyendiri
aku buang segala rindu padamu
memusnah impian dan harapan
yang kita lakarkan pada dada fikir,
bukan senang
bagai membunuh nyamuk membakar kelambu
alangkah lebih baik
jika engkau juga menyepi seketika
segarlah bunga di tamanku
biar air kembali tenang
seperti kataku dulu
bukan senang melupakanmu
serasa bagai mencabut nyawa,
apakah engkau sengaja
membenamkan aku kedalam duka?
sedangkan kamu
senyum dan ketawa
dengan erat
mengenggam makna -
memang aku tidak berani
dan bodoh sebagai lelaki
tatkala aku sedar
rindu itu hanya mainan bibirmu