Saturday, November 5, 2011

bila pagi




bila pagi
hujan mana berhenti
bila pagi
tubuh basah kesekian kali
bila pagi
mata belum pejam lagi
bila pagi
kasih jauhi mimpi
bila pagi
burung menyanyi
bila pagi
kisah gelandangan dilupai
bila pagi
dingin didesah angin pagi

bila pagi
jalan kembali
bila pagi
aku akan pergi

bila pagi
pergiiiiiiiiiiiiiiiii..........!!!!

Tuesday, November 1, 2011

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA


mohon di war-warkan
kepada semua sahabat
handai dan taulan
jauh dan dekat
mendekatkan yang jauh
dan yang berjauh hati
berkumpul dalam satu pertemuan
besar-besaran
(yang besar perut seperti Mak Buyung
biarlah dikecualikan)
ketidak hadiran 
tetap dimaafkan


Maklumat lanjut sila klik disini

Wednesday, October 19, 2011

temu16oktober




sekian lama
kita mengenal lewat nama
namun mata tidak bertemu pada titiknya
ada sekali kita hampir
namun dipermainkan kesempatan 
lalu pulang dalam duka
dan sumpah dendam tak terkira

sekali lagi
membina janji
hampir kepada titik tak jadi
hasrat bakal tenggelam jadi mimpi
namun kekuatan mengheret pertemuan
walau hanya pada garisan bersilang
cukup sekadar menghela nafas
bertemu dan berpisah



Tuesday, October 11, 2011

layar cinta




kau melayarkan  perahu cinta
dari pelabuhan ke pelabuhan 
bermain dengan angin 
bertarung dengan gelombang
kasihmu setiap perjalanan
sayangmu satu permainan
begitu saja angin mati, atau
perahumu tertambat di pelabuhan sepi
engkau mula memperdagangkan mimpi
menakluk hati lelaki;
sebuah jembatan emas
7 tempayan air mata dara
7 dulang hati nyamuk
semangkuk darah putera
begitulah permintaan
satu persetujuan untuk satu penolakan -
lelaki terakhir jatuh dicelah kakimu
mendongak dan melihat syurga
taman dan rumput-rumput yang subur
kolam basah dan air yang melimpah,
semalam hujan lebat di hulu 
basah tubuh oleh keringat 
bukan mudah
mendayung sampan menongkah pasang
bukan senang
mengalu lesung yang lama ditinggalkan
nanti mak buyung
akan menyimpul senyum
.....





Monday, October 10, 2011

anak dunia




seorang anak kecik sedang menangis meronta-ronta dan menyentap-nyentap tangannya meronton tangan  ibunya. si kecil ini entah menghendaki apa tiada siapa yang bakal tahu bahkan ibunnya sendiri juga tidak mengerti kerana ia masih kecil untuk menuturkan bicaranya. Dia bukan sebagaimana yassin salleh yang mampu menulis dengan mengungkapkan kata yang indah-indah lewat puisinya, dia juga bukan sebagaimana lattif mohiddin yang mampu melukis keinginannya tentang bagaimana alam ingin dilihatnya dalam keindahan, bahkan dia tidak juga sebagaimana pian habib yang tetap mampu bersuara dalam kebisuannya. mungkin senyap itu lebih indah untuk pian kerananya dia lebih senang  bersuara dengan kalam dan tinta. maka nyata si anak ini masih lemah dan serba kekurangan.

anak itu dan anak-anak sepertinya tetap akan membesar walau sekalipun akan menjadi apa, ibu-bapanya sudah pasti berusaha keras ingin membentuk hidupnya menjadi tokoh namun bukanlah ibu-bapanya yang menentukannya. mereka membentuk hidupnya oleh arus dan suratan takdirnya sendiri, yang membentuk menjadikannya sungai atau tasik atau pasir pantai atau pulau dan lautan. sungai itu deras tasik itu tenang pasir pantai itu sepi pulau itu waspada dan lautan itu tabah. siapalah kita dipandangan mata anak-anak kecil itu? siapakah kita yang tidak mampu membantu memberinya cahaya dan menunjukkannya jalan menyusuri kehidupan? siapalah kita yang hanya mampu melihat mereka kelaparan, kurus dan kering, pucat dan pasi? siapalah kita yang nyata tidak berdaya melakukan apa-apa....sedangkan mereka itu adalah anak dunia!


Wednesday, September 28, 2011

fragmen: aku dan laut




aku. laut dihadapan. biru.
camar berterbang. melukis langit
awan kelabu. mana tiang layar?
mana camar bakal hinggap?
perahu layar terbiar.
pelabuhan yang sepi. 
jiwa yang mati....(pause) ...
janji. masih kau ingat?
aku belayar tanpa kemudi. engkau
cahaya malam hitamku.
bergelombang laut. ombak
bergulung. bidukku dihempas
ke karang. hancur. berkecai.
hatimu batu. sekeras karang itu.
yang lebur hanya aku.
yang lebur. aku.
oooiiieeeee!!!


Tuesday, September 27, 2011

rin ..





rin ....
itu rindu yang membara dan bergelora
adalah resah gelisah sedalam lautan dan kedasarnya
menghempas gelombang pada pasir pantai
membasahkan dan menggoncang pelabuhan sepi

rin ....
itu adalah rindu nyanyian burung-burung
yang berterbangan melayang di bawah awan
yang berkicauan pada pohon-pohon cemara
rin ... itu untuk kim..

Saturday, September 3, 2011

barangkali cinta itu




barangkali
adakalanya aku terlupa seketika
kitalah meredah gelombang
ribut dan badai melanda kita bersama
berpimpingan tangan
mengheret luka sengsara
merentas gurun pasir sahara
mencari teduh dibawah pohon
rimbun tatkala mentari panas
membakar bumi atau pada ketika
berlindung dari basah hujan
barangkali
aku juga terlupa
bahawa sewaktu cinta itu membara
engkaulah puteri remaja itu
yang memetik bunga-bunga di taman
ketika taman masih hijau
dan basah oleh embun pagi hari
dan aku mengintai-intai
bagai mencari jalur pelangi
tatkala hujan diluar musim
barangkali
aku terlupa bahawa Tuhan
telah mencipta buah-buah bergantungan
tegap pada tampuknya
sebagaimana kita yang
bersama sepanjang usia
meredah suka duka dan senyum tangis
barangkali
bagaimana sukarpun kehidupan
aku tidak harus berpaling arah
dari menatap wajahmu sepanjang usiaku
sambil mengenal makna setia
isteriku kekasihku
Zauriti....
barangkali cinta ini masih seputih salji


Tuesday, August 30, 2011

sajak anjing terluka



takbir raya bergema
yang dipanggil
anjing turut gembira
tetaplah menyalak
hantu raya dimalam raya
hatinya masih sakit
hatiku juga luka
ini sajak anjing terluka
sajak anjing menyimpan duka
memang mudah memohon maaf
namun sukar menyempurnakannya
memberi kemaafan
ketika aku masih terdengar
salak anjing melengking
menerpa malam hening






Monday, August 22, 2011

gadis menangis



hwuuuuuuuuu !
untuk kesekian kali
mencair hatiku lagi
melihat airmata
sedu-sedan orang kecewa
keluh kesah insan derita
hati patah jiwa terluka
ryry
ingin kuhulur
tangan tak sampai
ingin ku dakap
mimpi dan igau,
gadis kecil menangis ~
berhentilah
dengarlah kata;
bukan mudah mati
orang-orang kecewa
oieeeeeee !!!

Sunday, August 21, 2011

janji





dibelakang
pulau dan langit luas
dihadapan terbentang
laut lepas
ingin aku berhenti saja disini
tapi kerana janji
aku tak harus berpaling
tidak juga berundur
ini bukan keturunan dehaka
bukan melayu membuang bangsa
jika beginilah suratan
akan kuredah gelombang
biarpun layar akan koyak
tinggal secarik
walaupun perahu akan pecah
tinggal sekeping
janji kugenggam
sehingga mati