Saturday, February 6, 2010

semakin aku mencari kamu






semakin hari semakin luas lautan rinduku
semakin hari semakin tebal rimba cemburuku
dan aku tersesat didalamnya
dan tak dapat terlepas lagi
dan tak akan terlepas lagi

tatkala aku menimbang antara bunga kapas dan sayap rama-rama
aku terlupa bahawa aku tidak lagi menghilir
menuruti arus air yang mengalir
bahkan meredah bukit dan gunung tinggi
dan akhirnya aku berdiri di tepi gaung
yang curam, yang sangat dalam
lalu kubacakan mentra dari sajak sepiku;
..........
sepi meraung
menggema bagai gunung yang runtuh
ke gaung
dalam sepi ada suara
terperangkap dalam dada...
sepi adalah permulaan malam
kira kegelapan mimpi yang menakutkan
desir angin membunuh sepi
hidup apakah memberikan erti?

tiba-tiba aku terasa angin menderu
dan tubuhku sebagaimana kapas
diterbangkan angin
melayang bagai puing-puing
aku melihat jasadku terlontar ke gaung dalam
namun rohku masih di atas
dan aku mencari kamu
hanya untuk ucapkan selamat tinggal....
.........
'selamat tinggal' kesayanganku
cahaya itu semakin kelam
kelam dan hitam
dan aku tau bahawa rohku telah tenggelam.

1 comment:

ISAC said...

Salam,

Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan