(sajak kepada bulan)
langit malam bulan Ramadhan
dalam taburan bintang aku kehilangan bulan
dimana akan aku bertanya soalan dan memberikan jawapan
pada bicaramu tentang kalau dan keraguan;
kalau dalam kehidupan
yang entah lurus entah berliku
kalau demi kebenaran
entah betul entah menyesatkan
kalau demi kebahagian
entah kekal entahkan pergi
kalau bagi masadepan
entah senang entahkan susah
bagaimana mampu memberikan cahaya
kalau bersembunyi entah dimana
tatkala aku menanti biarpun kecil
untuk esok merayakan kebesaran
Nota kaki:
Dengan rendah hati saya
mengucapkan selamat menjalankan ibadah
berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini,
dan Selamat Menyambut Hari Raya
tidak lama lagi.
Maaf zahir dan batin
dari saya sekeluarga
kepada semua pembaca
yang samaada mengenali saya secara peribadi
atau hanya di alam maya
saudara mara, sahabat andai jauh dan dekat
mereka yang pernah saya kasihi dan mengasihi
............................................
3 comments:
selamat hari raya...maaf zahir dan batin
Slmt Hari Raya Pn, sy juga mohon maaf pada setiap kesilapan yg dilakukan selama ini....terima kasih
di mana adanya bulan
di situ juga ada kehidupan
di mana ada persoalan
di situ juga tersedia jawapan
mulailah dengan merenungi kedalam hati
dan buat keputusan sendiri
yang menjadikan siapa diri kita sebenarnya terhadap Allah s.w.t.
baik atau jahat sekalipun
kesudahannya wajib diterima sebagai qadak dan qadar.
‘Kalau atau tanpa kalau’
hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
Post a Comment