Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Persuratan Melayu Pahang telah mengadakan acara yang julung kalinya diadakan di Jerantut, Malam Gema Puisi Pahang pada 22hb Disember 2012 bertempat di Taman ICT Jerantut bermula jam 8.30 malam.
Deklamasi dan bacapuisi disampaikan oleh Rasdi Daud, Marsli N.O, Daeng Ramliakil, Amaruszati, Ami Masra, Zakaria Ariffin. 3 tokoh yang juga turut memberikan persembahannya adalah Dato' Mansor, Dato' Norhelan dan Encik Zubaidi Abas.
Saya juga turut diberikan ruang untuk membacakan sebuah puisi. (Klik untuk ke 'Sajak Musim Tengkujuh')
Turut membuat persembahan ialah Roslan Madun yang menyayikan lagu-lagu rakyatnya, Anas Ridzuan (mentor) menyayikan lagu-lagu yang dipopularkan oleh Sudirman manakala Kumpulan Kopratasa menutup dengan nyanyian beberapa lagu-lagu puisi dari album popular mereka.
Sebelum itu, pada awal mula, 'Kumpulan Tarian Lagu Indung' dari Ulu Tembeling membuat persembahan lagu traditional rakyat mereka diikuti oleh persembahan dari Mas Sabray. Walaupun sedikit, namun memadai menghilangkan dahaga puisi orang-orang Jerantut.
Sdr Roslan Madun
Sdr Marsli N.O.
Sdr Daeng Ramli Akil
Sdr Ami Masra
Anas Ridzuan Mentor
Dato' Mansor
Dato' Norhelan Mahamud
Kopratasa
Gambar kenangan bersama Marsli N.O.
3 comments:
aukk,aukk ...
ahhh menyalak lagi anjing itu
tapi jgn didsalak terusan
bukit batu pejal yang cuma.. runtuh dgn air yg lembut
haha well done bro!
Hahaha!!! tu pasal ramai suka jadi anjing...boleh menyalak, kalau kucing....setakat mengiau je lah...
Tahniah ...hebat
Post a Comment