Tuesday, September 1, 2009

KEKASIH-KEKASIH





1
aku dari dalam syurganya
kerana dia aku lahir
dan demi dialah kehidupanku ini
kasih padanya bagai matahari
tidak pernah pudar
walau musim sering bertukar


2
sebahagian dari hidup telah dikongsi
tertulis seperti diawal hari - sebelum segalanya bermula
susah senang dan senang susah
kehidupan ini telah kita redah
mula yang tidak dijangka, dan
akhir yang tidak terduga -
aku redha kasihku untukmu


3
langit saksi matahari yang tergelincir
tibanya kala senja
entah kenapa dan bagaimana
kita menuju arah sama
berani mencari persamaan dalam perbezaan
yang kita temu masih belum kita tahu
kerana kisah belum berakhir
janji kasih tak akan mungkir