Monday, June 21, 2010

sajak dusta





hangat dan ghairahnya cintamu
aku terasa
jiwa mudaku meronta-ronta
minta dilepaskan
roh dari jasad
untuk bersatu seketika
biarpun dalam mimpi
namun memang itu
sebenarnyalah mimpi
dan kau hadir bagai bayang-bayang
datang dan menghilang
bersama angin musim luruh
yang memetik daun-daun kering
lalu menyepahkannya,
cintaku datang
memungut daun-daun kering itu
satu persatu,
dia tidak salahkan angin itu
dia redha dan pasrah
pada hidup dan ketentuan takdir'
meminggirlah kamu
ini pula masa untuk aku berlalu
meninggalkan kenangan
dan impian yang tak kesampaian
bukan aku yang memulakan
dan bukan aku yang menolakmu
kedalam jurang yang dalam

hendak kau namakan apa
sajak dusta ini?
namakanlah sesukamu!



4 comments:

Anonymous said...

besh2!

Anonymous said...

sajak yang mulus.saya suka...

Azam Abd Rahman said...

terima kasih zeza @ anon, awak tk perlu sembunyi2 untuk beri komen. saya dah pelajari dan kenali setiap patah kata awak dan saya tidak ragu meneka bahawa awak lah itu..

zeza said...

sekadar memulangkan kata kata yang baik.saya menhargainya.terima kasih