Thursday, March 11, 2010

aku ingin menjerit, jeritttttttt!!!




aku ingin menjerit
jeritttttttttttttttt!!!
jangan sesiapa menegah
kerana ini mungkin jeritan akhirku
tatkala deru nafasku yang semakin mengah
aku yang menghela hidup yang pedih
siapa yang tau kedukaanku? deritaku?
yang selalu kita kongsikan adalah kegembiraan
yang tetap aku sembunyikan adalah kedukaan
yang cuba aku berikan adalah senyuman
yang tetap aku telan adalah kepahitan

kalau memang benar seperti firasat
edaran bulan dan matahari
cahaya yang tinggal semakin sedikit
dan kian kelam
seperti pelita yang terpadam
simpanlah segala kenangan yang manis-manis itu
andai aku tidak sempat memaniskan bibirmu
telanlah segala sedih dan tangisan
kerana pusara harus ditaburi bunga-bungaan

selepas itu memang kamu semua akan melupai
tetapi kadang-kala ingatan akan datang kembali
justru dalam mengimbau
petiklah yang indah dan wangi
atau kau biarkan hanya angin
memetik daun-daun kering itu
dan menghamparkannya di padang rumput hijau
untuk mengingati
bahawa rumput hijau itu pun akan kering juga
sudahnya

aku ingin menjerit
jerittttttttttttttttt!!!
dan memanggil namamu
untuk kali terakhir
aku melihat cahaya
kemudian hitam
dan
PADAM!!!


1 comment:

Anonymous said...

Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you on your information.